KATA-KATA YANG BAIK ADALAH SEDEKAH

Wednesday, March 24, 2010

Wanita Acuan Al-Quran...peringatan buat diriku (seorang hawa)



Bersabda Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah.”

Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir

Perempuan yang aku rindui
Adalah yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk me
mbaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti
Muhasabatunnafsi dilakukan selalu
Disanjung tinggi pendud
uk langit dan bumi

Perempuan yang aku dambai
Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah
Tika aku di sana dilamar duniawi
Hadirnya memperkasa Akhiratku
Sewaktu aku alpa dan leka
Lembut manjanya mentazkirah diri
Di kala aku disapa bahan
a
Belai kasihnya menginsafk
an naluri

Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana

Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjua
nganku
Menegak kalimah Allah nan qudus
Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia

Perempuan yang aku impi
Adalah wanita yang luhur haqiqi
Muslimah yang setia sejati
Mu’minah yang taat pada Ilahi

Itulah…
Perempuan acuan al-Qur’an.

(PETIKAN BLOG MUKHTAR SUHAILI)


YA ALLAH..YA ILLAHI..

YA HANNAN..YA MANNAN..

KU MOHON PADAMU..

“Ya Allah, jadikan diriku wanita yang memuliakan Al-Qur’an..

muliakanlah diriku dengan kemuliannya...

hiasilah diri ini dengan keindahannya..

berikan daku kekuatan untuk mengamalkannya...

dan kurniakan daku Kemudahan untuk memeliharanya...

ameeen ya rabbul ‘izzatiey..”

RENUNGAN UNTUK DIRIKU..

QURRAH AL-AIN...

~DZUNNURAIN SHARIFFUDDIN~

~Bumi UIAM~

~3 FEBRUARI 2009~

Tuesday, March 23, 2010

..dan Air mata pun mengalir lagi...



Ku mulai dengan menyebut nama TuhanKu..Allah Yang Maha Suci.. Rabbil 'Alameen..Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...kasihanilah daku Ya Allah...

Bersama dengan selawat dan salaam buat kekasih Allah..nabi muhammad saw..serta tahmid dan takbir..Alhamdulillah wallahu Akbar!
Sudah lama jari ini tidak menaip di blog ini...rindu kat sahabat maya semua..

Alhamdulillah, hari ini Allah gerakkan hati ku untuk berkongsi sedikit cerita yg menggugah hati nurani ku..mengenai hadis yg ku baca di dalam buku MUHIMMAH sewaktu sedang menanti bus di depan office untuk pulang kerumah..

Sahabat2 ku dunia akhirat sekalian, bacalah pesanan ini dengan hati dan rasa yg tunduk padaNya...serahkan hatiMU padanya...serahkan hidupMu padanya...Ya Allah..kasihanilah kami..kami juga hambaMU Ya Allah...

bacalah dengan bismillah....

Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj
Sayidina Ali k.w. berkata: “Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”

Baginda s.a.w. menjawab: “Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka.”

Ali bertanya: “Apakah yang ayahanda lihat di sana?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

“Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. “Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.
“Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti ****, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka.”

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: “Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?”

Rasulullah s.a.w. menjawab: “Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

“Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

“Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.
“Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

“Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

“Perempuan kepalanya seperti **** dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya.”

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah.”

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan.”

Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: “Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup.” (Hadis riwayat Bukhari)
Alhamdulillah, peristiwa ini banyak menyedarkan dan memberi pengajaran.. Janganlah kita tergolong dalam golongan yang suka menangguhkan ‘T A U B A T’. Kita tidak tahu, bilakah masanya Allah Subhanahu Wata’ala akan perintahkan jantung kita untuk berhenti bekerja, langsung anggota tubuh badan yang lain pun akur lalu nyawa pun dicabut..?

Bila datang perintah Allah, maka sudah pasti tubuh badan kita tidak mampu menidakkannya.. Namun.. Berapa banyakkah perintah Allah selama ini kita nafikan..?

Doaku padaMu tuhan...Ya Allah, jika kasihMu padaku terlalu banyak tidak terhitung..kasihku padaMU juga banyak tidak terkata...hanya dengan kasih sygMu Ya Allah, selamatkanlah daku dari seksa api nerakaMu itu Ya Allah...diriku tidak layak untuk syurgaMu, namun diriku takut mengahadapi seksa api nerakaMu..kasihanilah daku, golongkanlah daku dalam golongan yg Engkau lindungi...jgn tinggalkan daku Ya Allah...daku Mohon...(dan air mata pun mengalir lagi....)

Cantik Seorang Wanita...


cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis


bkn kerana merah kilau lipstiks


pada wajah memekar senyum kosmetik


cantiknya seorang wanita itu sebagai remaja


x pada kulitnya mulus menggebu terdedah


cantik seorang wanita itu sebagai kaum hawa


xkerana bijak meruntuh iman kaum adam


cantik seorang wanita itu sbg anak solehah


x menjerat diri pad akedurhakaan dan kemurkaan ilahi


cantik seorang wanita itu sebagai intelektualis


menyala obor mewangi setanggi profesionalis


cantik seorang wanita itu sebagai isteri


merempuh badai disisi suami


cantik seorang wanita itu sebagai menantu


menjauhi persekongkolan ipar lamai

cantik seorang wanita itu sebagai ibu


mencurahkan sepenuh kasih sayang dengan adil


cantik seorang wanita itu sebagai mentua


telus hati mengagih kasih pada semua


cantik seorang wanita itu sebagai nenek


menyaring teladan para anbia buat cucu cicit


cantik seorang wanita itu sebagai warganegara


peka membela nasib maruah negara


cantik seorang wanita itu sebagai akidah solehah


mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah


cantik seorang wanita itu sebagai muslimat


tunjang agama pewaris nadi islam


menyumbang jasa dan bakti


memartabatkan islam dipersada dunia insyaallah


Sunday, February 21, 2010

Dapatkan rakamaman kuliyyah zuhur bertajuk : Cara menutup Aurat mengikut Al Quran

Bismillahirrahmannirraheeem..

Salaam buat semua sahabat wa sahabiyah sekalian..moga diri kalian sentiasa tenang dan ceria serta penuh dengan mawaddah wa rahmah..Allahumma ameen..

Khas buat sahabat2 semua yang gemar mendengar kuliyyah, di sini saya sertakan sedikit perkongsian audio ceramah atau kuliyyah zuhur di tempat kerja saya yang bertajuk "Cara menutup Aurat mengikut Al Quran " disampaikan oleh Ustaz Riduan Ismail..

Sila click di link di bawah ini untuk mendengar dan download..."sebarkanlah walau satu ayat"... Moga memeberi manfaat kepada sahabat2 semua..syukran..jumpa lagi ye (^^,)
http://surau2faber.blogspot.com/2010/02/ustaz-riduan-ismailcara-menutup-aurat.html

Wednesday, February 17, 2010

KISAH PEMINTA SEDEKAH, BELANJA MAKAN & IBU TUNGGAL YG TABAH



HARI2 HARUS BERNIAT UNTUK DAPAT TOLONG ORANG WALAUPUN SEDIKIT...MUNGKIN INSAN YG KITA TLG ITU SEBENARNYA MALAIKAT YG DI UTUS ALLAH UNTUK MENGUJI HAMBA2NYA YG LEKA

seorang sahabat bertanya "macammana kalau ada peminta sedekah dtg kat kita tapi kita xnak bagi sbb takut peminta sedekah tu tipu atau agent?"

Saya jawab “kalau saya, saya xnak fikir samada dia betul2 cacat / buta / fakir/ agent tapi saya bagi je apa yg ada di tangan..”

“even peminta sedekah tu menipu?tiap2 minggu dtg dgn isteri minta sedekah sambil jual tisu.Kalau sekali sekala xpe juga..tapi setiap minggu ada”

sy jawab "nabi pesan suruh kita tunaikan permintaan org2 yg dtg meminta pada kita, kalau penjual kerepek dtg kat kita suruh beli, kita beli dgn niat membantu dia even kita rasa tak teringin nak makan kerepek tu, kalau peminta sedekah yg sama dtg minta duit setiap mggu, kita bagi je duit even rm 1 pun xpe..jgn dihalau atau buat muka marah...kita x tahu situasi mereka mcmmana, samada dia xbuta, xcacat agent atau penipu tu hal dia dgn Allah..dan kita yg byk duit ni kena ingat, sedekah dapat bersihkan duit gaji kita dari seribu mcm syubhah (termasuklah gaji buta)"

“so kalau peminta sedekah yg sama je kita jumpa hari2 kena bagi jugalah?”dia bertanya lagi.

“ berilah sekadar mampu…kalau ada byk duit bagilah lebih..tapi kalau saya, setiap hari jumaat ada wanita dengan anaknya yg kecil (sebaya adik saya) duduk minta sedekah kat jejantas ke Mid valley…kalau sempat saya bagi..tiap2 minggu.sy xbagi byk cume rm1 je…setiap rm1 saya pastikan niat sy ikhlas kerana Allah biarpun dah berpuluh kali saya sedekahkan rm1 pada org yg sama di tempat yg sama.”
Kadang2, saya akan beri gula2 atau coklat pada kanak2 yg sy jumpa semasa pergi kerja atau berjalan-jalan dengan family..kalau ada pengemis kanak2 di pasar malam, saya akan suruh adik perempuan saya belikan makanan dan beri kepada mereka..mereka memerlukan makanan lebih dari wang tpi manusia alpa dan membenci mereka...


Adik saya yg berumur 9 tahun bertanya bila saya suruh dia beri makanan kepada pengemis " Kenapa kak lang bagi mee goreng dengan air anggur kat dia kak lang?nape kak lang x bagi duit je?org lain bagi duit??"

Saya menjawab sambil mengusap rambut adik saya "Kina, kwn2 kina tu lapar...kesian kat dia..daripada kak lang bagi rm1 je lebih baik kak lang belikan terus makanan kat dia biiar dia kenyang.mesti dia lagi suka kan?" Adikku sakinah mengangguk2 sambil tersenyum..

Beri makanan bleh beri mereka kenyang..tapi kalau beri duit mungkin duit tu mereka x dapat tapi dirampas agent yg menghantar mereka...saya akan tetap beri walau saya tahu mereka under agent kerana sy nampak mereka lapar dan dahaga.


NIAT YG IKHLAS SEDEKAH KERANA ALLAH DAN BUKAN KERANA MALU ATAU TERPAKSA

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawaRasulullah s.a.w. telah bersabda: sesungguhnya Allah Taala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, akan tetapi Allah Taala melihat hati dan amalan-amalan kamu. [Hadis Riwayat Muslim]

Umat Islam sekarang terlalu berkira dalam bab duit dan harta..mereka sungguh berkira untuk laburkan rm1 untuk account akhirat mereka tapi ironinya, mereka sungguh murah hati dengan jualan2 mega hingga sanggup berbelanja ribuan ringgit dan men’zero’kan account bank mereka tanpa rasa ragu akan “rugi” di akhirat nanti.

Apalah salahnya jika seminggu sekali kita sedekahkan rm1 pada mana2 peminta sedekah di jalanan…apalah susahnya jika kita memberi makan pada fakir miskin dan anak2 yatim..tak habis pun duit gaji kita sebulan..makin bertambah rezeki lagi adalah. insyaAllah…..


Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawaRasulullah s.a.w. telah bersabda: sesungguhnya Allah Taala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, akan tetapi Allah Taala melihat hati dan amalan-amalan kamu. [Hadis Riwayat Muslim]


SEDEKAH DENGAN MAKANAN

BELANJA MAK AYAH, ADIK BERADIK & SAHABAT2 MAKAN…


Dari Abdullah bin Amr bin Asr r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Barangsiapa memberi makan saudaranya sehingga kenyang dan memberiminum sehingga hilang dahaga, maka Allah s.w.t akan menjauhkannya dari api neraka jahanam sejauh dua parit. Dan jarak antara dua parit adalah sejauh perjalanan lima ratus tahun.[Hadis Riwayat Hakim]

Teringat dengan kata opah saya beberapa minggu yg lalu “ko tu ain, bila dah keje kena la buat kenduri doa selamat..jemput org2 surau dtg umah..bagi budak2 makan..bagi sepupu ko tu makan..”

Sy hanya mengangguk dan diam. Dalam hati saya berkata, opah, memang ain xbuat kenduri doa selamat atau2 apa2 kenduri…rumah ain kecil..apa yg mampu ain beri…

Kalau di ikutkan pendapat mereka yg sudah veteran, mereka menuduh saya xpernah bersedekah sbb bila dah grad x buat kenduri doa selamat, bila dah dapat keje ok xbuat kenduri doa selamat gak…saya xberkata apa2..hanya mendiamkan diri dan berbicara dengan hati sendiri je…saya hanya mampu tersenyum kelat bila dituduh kedekut dan x mau buat sedekah serta dapat ceramah free dari mereka yg berkaitan. Sebenarnya apa yg mereka ingin katakan mudah saja Cuma Bahasa berbeza. Mereka menyuruh saya untuk bersedekah bila Allah murahkan rezeki cume cara mereka agak rigid dan mungkin akan jadi sampai tahap bidaah sbb bila grad je kene buat kenduri doa selamat..yg sebaik2 nya begini…kita sedekahkan sebahagian duit gaji kita dengan belanja ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai kita makan yg sedap2..Belanja makan juga adalah sedekah…ianya sama dengan kita buat kenduri doa selamat…matlamatnya = bagi org makan & bersedekah. Tak perlu susah2 cari jalan untuk bersedekah sedangkan jalan mudah ada dimana2…yg penting kena faham makna sedeqah dan ikhlas..

Jadi, jom kita buat kempen belanja kawan2 makan…saya memg suke belanja org makan dari belanja beli brg yg x tentu faedahnya..=P


MEMBERI SALAM DAN SENTIASA BERWAJAH MANIS (SMILEEEE…SAY CHEEEEEESEE!!)

Dari Abdullah Bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa seorang lelakitelah bertanya kepada Rasulullah s.a.w : Ya Rasulullah s.a.w apakah satu amal yang paling baik dalam Islam? Baginda saw menjawab : Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak. [Hadis Riwayat Bukhari]

Pastikan bangun pagi untuk solat subuh atau tahajjud dengan senyuman, mandi dengan senyuman, makan dengan muka manis dan berjalan dengan wajah yg tenang ke tempat kerja…semua itu akan membuat org yg melihatmu jadi tenang dan turut tersenyum…

Senyum2lah selalu dan hindari bermasam muka…tapi jaga2 dengan senyum jgn sampai jadi racun hati.=)


TOLONG MAKCIK YG BARU BAIK STROK ANGKAT BARANG NAIK BUS

Setiap hari, saya akan niatkan dalam hati untuk dapat peluang menolong mana2 hamba Allah sepanjang perjalan pergi balik dari rumah ke tempat kerja…hati saya akan rasa gembira jika dapat membantu mereka yg susah, dan saya selalu merasa susah hati & x selesa dgn diri sendiri bila xdapat membantu mereka yg susah…

Alhamdulillah, semalam saya dapat membantu kawan saya dgn meminjamkan payung pink sy kepadanya kerana ptg semalam hujan tersangat lebat...kemudian, semasa menunggu bus di stesen KTM serdang, saya terlihat seorang makcik terbongkok2 menahan bus.bus berhenti..makcik tadi termengah2 menaiki bus dengan membawa 5 beg plastic besar berisi brg2 yg berat..aduh, saya x sempat nak bantu sbb saya di belakang makcik tu..namun, setelah membayar tiket bus, sy dpt bantu makcik tu angakt beg2 plastik yg berat ke tempat duduknya….”Ya Allah..beratnye, macammana makcik ni bleh angkat 5 plastik sekali gus?” saya memandang sayu pada makcik tu…wanita tabah!.sambil menanti tiba ke destinasi, sy sempat berbual2 dgn makcik itu. Rupa2nya makcik itu seorang wakil NGO yg membantu ibu2 tunggal..brg2 yg dia bawa semuanya untuk ibu2 tunggal dan anaknya juga merupakan ibu tunggal. DIa juga menceritakan betapa sedih hatinya bila pergi ke pejabat BAitul Mal untuk dapatkan duit Bantuan, permohonan sudah lulus tapi ustaz baitulMal suruh ambil duit di hari lain…Ya Allah..kesian makcik ni…system birokrasi ternyata menyusahkan lagi org yg susah macm makcik ni…Dalam hati saya ada rasa kesal pada system yg digunakan dalam pengagihan wang kepada fakir miskin dan balu (ibu tunggal).

Kepada makcik yg tabah tadi, saya hnya mampu mendengar keluhan hatinya mengenai hidupnya dan hidup ibu2 tiunggal yg lain yg ternyata susah dan penuh ranjau untuk hidup. Setiba di destinasi, saya hanya mampu membantu makcik itu mengangkat begnya turun dari bus..saya memandang sayu ke arahnya dan beroda mudah2an Allah sentiasa murahkan rezekinya...Ameen...


MOga Allah memudahkan untuk kita sentiasa membuat amal kebajikan di dunia untk akhirat

"USAH BERTANGGUH UNTUK BUAT BAIK DAN USAH MENUDING JARI UNTUK TIDAK MEMBANTU SESAMA MUSLIM!"

Tuesday, February 16, 2010

THE REASON WHY I CHOOSE TO BE A ……..(PART 1)





Bismillah walhamdulillah…wasubhanallah Allahu Akbar..

Assalaamualaikum buat sahabat2 yg sudi melawat blog saya ni..

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Hadith ini juga diriwayatkan dengan lafaz yang lain seperti berikut: Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) (1) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (2) (Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad) "Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala

"Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya. Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati .

Sahabat2 sekalian,


Saya mula membaca hadis ini ketika saya berumr 16 tahun, waktu itu saya gemar ke perpustakaan di kampung saya Kuala Kubu Bharu. Pertama kali saya membaca hadis ni fikiran saya ligat berfikir, “Apakah yang dapat aku bawa jika aku mati nanti?”…hadis ini terngiang2 ditelinga saya hinggalah saya tamat SPM. Hadis ini memberi impak yg BESAR dalam diri dan hidup saya..dengan terbacanya hadis ini, saya telah menukar cita2 saya dari menjadi Arkitek kepada guru…masa tu saya baru form 4..cita2 nak jadi arkitek bermula dari darjah 3 lagi (imaginasi saya tinggi dan saya sebenarnya suka melukis) namun, kerana hadis yg berharga dari Rasul ini saya telah tekad mengubah cita2 saya kepada GURU.

BANTAHAN

Sejujurnya, setelah saya Berjaya mendapat keputusan SPM yg cemerlang saya memang ingin terus ke Maktab Perguruan…namun, hasrat ibu tercinta tidak sekata dengan hasrat saya…ibu menginginkan saya masuk ke UIAM..melihat muka ibu saya yg bersungguh2 ingin saya masuk ke UIA..saya turutkan jua dengan hati yg berbelah bagi.Dalam hati saya masih kuat keinginan untuk bergelar GURU…namun, saya rela korbankan sedikit impian saya untuk capai impian ibu melihat saya berjaya menjadi mahasiswi UIA.

Alhamdulillah, perjalanan hidup di UIA dapat saya tempuhi dengan bantuan Allah dan sokongan dari insan2 yg tersayang. Saya sebenarnya seorang yang gemar mencuba sesuatu yang baru dalam hidup saya, keputusan memilih jurusan Architecture semasa di Matrik adalah keputusan yg tepat kerana saya memang minat melukis (even saya xde basic lukisan kejuruteraan + add math sbb saya pelajar jurusan satera) dan pointer saya juga tinggi semasa di MAtrik.

Namun, Semasa melangkahkan kaki ke Kampus Utama UIA untuk ijazah, saya memilih untuk masuk ke bidang JURU UKUR BAHAN…sebenarnya saya memilih untuk ambil kos ini bukan kerana saya suka..tapi kerana keluarga saya menghadapi masalah kewangan dan masalah dalaman yg kritikal, saya korbankan sekali lagi keinginan saya untuk serius dalam bidang arkitek kerana bidang ini memerlukan kos yang tinggi dari segi kewangan..begitu juga dengan kos seni halus (applied art). Saya ambil jurusan QS demi mengurangkan beban ibubapa saya sbb kos QS (Quantity Surveying) ni x melibatkan terlalu banyak duit berbanding kos architecture. Alhamdulillah, duit PTPTN saya dpat saya agih2kan kepada ibu dan adik2…itu tujuan sebenar saya..saya xkisah kalau saya susah sedikit asalkan dapat tgok ibu dan adik2 sentiasa ceria.

Bergelar mahasiswi QS memang mencabar semangat saya. Selama 2 tahun saya cuba mengikhlaskan diri saya untuk BELAJAR subjek QS KERANA ALLAH, namun saya gagal..hati saya masih tidak redha dengan apa yg saya belajar. Hati dan jiwa saya memberontyak sbb saya harus belajar mengenai banggunan dan isi2nya sedangkan sahabat2 lain seronok dan tenang belajar mengenai hadis dan Al-Quran…minat sy pada agama terlalu mendalam tapi pemikiran sy pada agama belum cukup matang pada waktu itu. Pada Akhir semester tahun 2 saya decide untuk tukar kos kepada ILMU WAHYU..borang sudah dihantar dan duit pemprosesan juga sudah dibayar…kemudian saya membuat solat isktikharah dan solat hajat..mohon Allah berikan yg terbaik.

Seperti yg saya katakan tadi…saya amat cintakan ilmu agama dan ingin mendalaminya..namun ketika itu penghayatan sy dalam agama belum matang..kenapa sy berkata demikian??..2 minggu cuti selepas saya submit application to change course, sy muhasabah diri dan merenung dalam2 mengenai diri, juga merenung visi dan misi dalam beragama..sy mula berfikir..adakah dengan belajar agama dan ambil jurusan agama sy bleh mengahayati agama dan ikhlas dgn lebih mendalam?adakah benar belajar selain dari pelajaran agama tidak bagus?saya mula meluaskan lagi skop pemikiran saya…saya meletakkan diri saya sbgai seorang ustazah…ya,saya memang ingin menjadi ustazah, tapi, dakwah saya mungkin hanya akan memahamkan murid2 saya sewaktu belajar agama shj…murid2 saya mungkin gagal untuk menjana subjek2 lain sebagai ibadah melainkan guru2 subjek lain yg mengajar mereka mengaitkan subjek2 yg di ajar dengan islam…(JARANG SEKALI BERLAKU DI MANA2 SEKOLAH) kemudian saya meletakkan diri sy sbgai seorang QS muslimah, saya dapat melihat betapa perlunya seorang muslim yg teguh dan mantap agamanya dalam bidang Qs, bidang yang penuh cabaran dari segi muamalat dan jual beli…perlunya QS muslim untuk membetulkan apa yg bengkok dalam bidang korporat terutamanya dalam bidang pembinaan dan membersihkan system berat sebelah yg diamalkan dlm kebanyakkan system procurement dalam construction industry (which is mean the system is not ‘adil and consist lots of suspicious elements such as hidden interest, etc). Allah telah meletakkan diri saya dalam bidang ini ada hikmah yg tersembunyi, salah satu dari hikmahnya mungkin Allah ingin saya jadi wakil QS muslimah yg dapat memberi sedikit sinar agama kepada ahli2 professional dalam bidang industry pembinaan..mungkin!?tapi amanah dan tanggungjawab ini rasa terlalu berat di bahu saya…namun, jika saya kuat dan tabah dalam membawa panji Islam, insyaAllah..mungkin tidak semua, namun mungkin sesetengah darinya akan tersedar dan kembali ke jalan yg lurus.

Telah terlalu banyak universiti dalam M’sia dan luar M’sia yg mengeluarkan produk2 ustaz dn ustazah..tapi teramat sedikit dan kurang sekali Universiti di dalam Negara kita yg mengeluarkan produk Professional Muslim dan professional Muslimah..malah ada universiti yg mengeluarkan “sampah” yg membawa kepada kejahiliyyahan masyarakat terhadap agama (wa’iyazubillah)…
Professional muslim wa muslimah adalah insan yang dimana pun dia dicampak, Islam akan menyerlah dan bukan kelam dibawa arus keadaaan..disinilah, saya memahami makna sebenar seorang da’ie, sehebat2 pendakwah rabbani adalah apabila dia pergi ke suatu tempat, dia Berjaya merubah keadaan di tempat itu dan bukan keadaan yang mengubahnya…


Dan sekarang, pada masa ini, pada waktu ini…sy telah Berjaya menghabiskan studi saya dalam bidang QS. Malah 4 bulan sebelum sy grad, saya sudah bekerja di sebuah syarikat swasta, menyebarkan dakwah disana secara kecil2an..Kini saya sudah bekerja dengan syarikat pembinaan yg memang menjadi impian saya setelah saya dapat mengihlaskan diri saya mendalami bidang QS dan bidang agama serentak 3 tahun dahulu…Kini saya meneruskan visi dan misi saya dalam dakwah di mana jua sy berada….pen off.

Menulis juga satu jihad bagiku, moga cebisan kecil ini bisa membantuku ketika di Mahsyar nanti…



Tuesday, February 9, 2010

Mudahnya Mencari Isteri Yang Solehah



Bismillahir RahmanirRahiim...
Salaam...
Susah nak Dapat pasangan SOleh / Solehah??..masing2 inginkan pasangan yg baik2 dan soleh..betulkan?tapi,kita harus sedar, kita takkan dapat pasangan yg baik selagi diri kita pun x seberapa soleh/xseberapa solehah sgt...untuk dapatkan yg terbaik, kita wajib ubah diri kita dan naikkan nilai TAqwa dan soleh/solehah dalam diri kita dulu..kemudian barulah kita 'layak' mencari jodoh yg soleh/solehah....(^^,)
misi soleh/solehah ku & kita harus berterusan..hari-hari mensolehahkan diri pada Allah, Rasul, Ibubapa & masyarakat...MOga dipermudahkan...

misi bloqwalking saya di laman baitul muslim...artikel bermanfaat untuk sy dan shbt semua...


START

Buah tangan ummi hari ini, semoga bermanafaat untuk menjadi teladan kepada semua.Jadikan sebagai panduan dan pedoman dalam mencari istri solehah.

Satu skektsa dan perbualan...

"Susah betul nak cari isteri solehah," luah seorang pemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan."
Macam cari gagak putih," tambahnya.
"Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat," katanya lagi.
Tunggu respon sayalah tu.
Saya cuma tersenyum.
"Dah kahwin?" Akhirnya saya bertanya.
"Belum lagi…."
"Kenapa?" dia pula tersenyum.
"Belum dapat yng solehah?" saya terus mengusik.
"Saya dah 28 tahun.Sepatutnya umur 25 dah kahwin … Dah terlajak le ni."
"Oh gitu ..... biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!" usik saya lagi.
"Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang".
"Kalau tak jumpa, macam mana?""Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?"
"Apa syaratnya?"
"Syarat-syarat wanita solehah … mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat…."
"Macam tu tak susahlah… ramai yang ada syarat-syarat macam tu," balas saya.


UKUR TAKWA
"Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertakwa," katanya lagi.
"Macam mana pula nak ukur takwa tu?"tanya saya.
"Tu yang pening.Takwa tu dlm hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah, isteri yg bertakwa!"
"Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?" pelawa saya

ADA CARA LAIN
"Saya tak paham.Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itukan panduan daripada hadis?"
"Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami soleh …Cuba cari ciri-ciri suami soleh ….bina semua ciri tu dalam diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabah pula soal hati …. Ukur iman dan takwa kita".
"Nak ukur iman & takwa kita …susah tu. Itu soal maknawi"
"Tapi,jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan takwa orang lain."LEBIH TEPAT"Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan takwa … lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah. Semuanya atas usaha kita sendiri. Sblm ni, kita bincang pasal menilai diri orang laindulu.Tu yg kita silap. Bukankah Allah dah jamin, lelaki mukmin untuk wanita mukminat? Lelaki soleh jodohnya wanita solehah? Insya-Allah."

TERLALU IDEAL
"Habis tu … saya kenalah berhenti cari wanita solehah sbb nak jadi lelaki soleh?"
"Tak gitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah."
"Ok gak tu!Serampang dua mata,"katanya.
"Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai. Cukuplah dgn tahap sederhana."
"Maksudnya?"
"Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sbb sifat-sifat solehah itu 'on going process'(dibina secara berterusan) Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sket, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh diupgradekan lagi."

MUDAH BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN
Boleh lebih kurang lah ni ye?"
"Salah tu …. Panduan dan ajaran islam mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan."
"Apa kaitannya dengan yg kita bincang skang ni?"
"Gini, awak mesti lebih ketat dlm menilai diri sdr. Jgn amik mudah soal iman & takwa diri sdr. Letakkan piawai tinggi utk diri sdr. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin r/tangga? Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sket … nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita…."
"Oh saya faham"
" Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebalikya … untuk dirinya dinilai dengan piawai soleh yg rendah. Tetapi utk calon isterinya dinilai dgn solehah yg tinggi. Itu silap!""Alhamdulillah… saya harap jodoh saya akan tiba nanti."
"Amin …

"tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh diri."


"Dialah Allah dilangit dan dibumi.Dia mengetahui yang kamu rahsiakan dan yang kamu lahirkan dan mengetahui apa2 yang kamu usahakan" (Al- An'am: 3)