KATA-KATA YANG BAIK ADALAH SEDEKAH

Tuesday, August 10, 2010

AYAM OH AYAM..KITA MAKAN BANGKAI KE SELAMA NI?(NA'UZUBILLAHI MIN ZALIK)


Salaam Ramadhan..

Tadi Ustaz Muhammad Halim (kalau saya xsilap) datang ke surau office tmpat saya bekerja (Faber Towers) untuk sesi kuliyyah zuhur seperti lazimnya.

Beliau telah memberi satu pendedahan yg MENGEJUT kpd semua jemaah surau dengan informasi mengenai “ayam”.

Beliau merupakan pegawai JAKIM yg bertugas bagi bidang “memastikan kehalalan sumber makanan” yg dijual di premis2 restoren, pasar n etc di sekitar ibu Negara.

Berikut merupakan pendedahan beliau dan warga JAKIM tntg makanan yg kita selalu makan:

1. AYAM BANGKAI
Banyak premis2 yg jual ayam, dorang x sembelih tapi bunuh mcm tu je. Dorg rendam ayam tu secara ‘berjemaah’ dulu, pastu dah rendam dorg masuk dalam mesin “kitar”..dan mesin tu pun kitar la ayam2 tu sampai xda nyawa…
(no wonder la skrg ramai manusia n umat Islam jadi ZALIM!makan bangkai binatang yg dibunuh dgn kejam rupanya…astaghfirullah…mgkin sbb tu juga manusia jadi kejam suka bunuh n rogol.)

2. AYAM XDA KEPALA
Cuba check ayam2 yg korang nak beli tu ada kepala atau xda?kalau tinggal leher je lebih baik jgn beli.Sebab?menurut pegawai JAKIM ini lagi, ayam yg dijual xberkepala adalah bangkai. sebenarnya.ayam2 tersebut TIDAK DISEMBELIH.

3. AYAM KAT PASARAYA BESAR
Kalau beli ayam kat pasaraya2 besar, korang hati2lah ye..sbb pegawai JAKIM ni kata kebanyakkan ayam2 yg dijual kat pasar2 besar tu dorg xsembelih pun..HATI2.ustaz juga menambah, kebanyakkan pemborong2 ayam yg jual kat Chow Kit, Pasar Pudu, n Pasar basah yg popular tu dorg amek dari pembekal CINA yg berpusat di Pahang n Kedah!(saya tengok sendiri video yg ustaz tayangkan tadi…memg benar, pembekal ayam tu xsembelih tapi bunuh ayam tu n bagi org2 makan bangkai)

3. ELAK MAKAN YONG TAU FU. Kalau nak makan pun xpe tapi akibat tanggung sendiri.Kalau nak sgt makan pun, beli dekat pembekal islam. Pendedahan dari JAKIM tadi mereka menyatakan, yong tau fu khinzir di buat BERSEBALAHAN dgn yong tau fu utk muslim.Pisau yg digunakan utk buat yong tau fu khinzir dgn yong tau fu utk muslim tu diletakkan atas meja dan disusun pada meja yg sama.

4. X BOLEH MAKAN KAT PAPPA RICH, MCD, BURGER KING
Boleh makan kalau kita bukan Islam..sebab?BURGER KING import daging khinzir dari Arab Saudi. PAPPA RICH pula, sijil halal xsah dan ayam dorg amek xdisembelih malah telur pun xberbasuh ada najis!. MCD? kebanyakkan ayam MCD diragui cara sembelihannya..dorg sembelih 3kali, 1st dekat atas halkum,2 bawah halkum, 3 dorg potong terus dari kepala ayam ke leher.Fikir2lah sendiri ye….
Kesemua info2 di atas adalah pendedahan 100% asli dari ustaz JAKIM itu sendiri bersaksikan lebih 50 org jemaah surau office saya. Malah ustaz tersebut juga memperlihatkan kepada kami semua kesahihan berita yg beliau bawa bersama vidoe2 dan gambar bukti.

Kawan2, saya sekadar menyampaikan apa yg saya tahu..untuk kalian menerima atau tidak terpulang..Cuma ingin saya nasihatkan, sempena bulan ramadhan ini, jagalah perut kita dari makanan yg HARAM..kerana Al-halalu Baiyyinu Wal-haramu Baiyyinu (Yang Halal itu jelas dan yang haram itu jelas)..usah rosakkan ramadhan anda dengan tidak menajaga makanan yg kita makan.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)


dlm bdan mnusia, ade sketul daging dan daging itu adalah hati..jika daging itu baik, mka baiklah akhlaknye..jika kotor?, cuba fikir ...bukan sng nk bagi daging tu jadi baik..jadi yang pertama kita kena jaga ialah MAKANAN yang kita makan sehari2...wallahu’alam.

Mohon sebarkanlah…

p/s: KFC ustaz JAKIM sahkan depan kami semua boleh makan.SEBAB? KFC tidak import ayam, n dorg amalkan bawa ayam2 tu terus dari ladang sendiri n sembelih. Insyaallah, dengan kekuatan hujah pegawai JAKIM itu sendiri KFC boleh di makan tanpa was2..

ayam2 yg lain, sebelum beli utk masak rending kena tgok ada kepala ke x, n kena check dorg potong/sembelih tu kena urat marikh ke tak (satu hal la pulak nak check ayam kan..hehe) xpe, nak seribu daya, xnak seribu dalih.Eloklah kalau beli ayam hidup2 n sembelih sendiri..halalan toyyiban lagi.

Salam Ramadhan…=)

"Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu."

(Riwayat Muslim)
Dzunnurain
3.00 pm
1 Ramadhan 1431H
Tower 2, Faber Towers, KL

Tuesday, June 1, 2010

ISRAEL ITU MERUJUK KEPADA NABI YA'KUB?SILA BACA JIKA ANDA INGIN TAHU

APA YG KITA BUAT UNTUK PALESTINE??

Lunch tadi saya menyempatkan diri untuk membuka laman social fb dgn harapan ada berita2 terbaru mengenai LL4G dipostkan di fb. Saya menjelajah ke fb kawan2, namun tiada update terkini mengenai Palestine melainkan kata2 semangat dan jadual demonstrasi utk bantah kes blockade LL4G..

kemudian, mata saya tertancap pada status seorg sahabt maya mengenai penyalahgunaan kata Israel yg digunakan pada zaman sekarang.Menurut beliau, Israel yg dimaksudkan sebenarnya adalah Nabi Ya’kub dengan mereferensikan pada Ayat Al-Imran : 93 yg bermaksud:

“Semua makanan adalah halal bagi Bani Israil melainkan makanan yang diharamkan oleh Israil (Ya'qub) untuk dirinya sendiri sebelum Taurat diturunkan. Katakanlah: "(Jika kamu mengatakan ada makanan yang diharamkan sebelum turun Taurat), maka bawalah Taurat itu, lalu bacalah dia jika kamu orang-orang yang benar."

Sahabatku sekalian, andakah kalian faham dan tahu siapa itu Israel?

Menurut hamba Allah ini (shbt maya fb) beliau mengatakan kita xtidak boleh menisbahkan Israel sekrg dgn panggilan Israel kerana Israel menurut AQ adalah Nabi Ya’kub, jadi andai kita mengutuk Israel bermakna kita mengutuk nabi Ya’kub! Yang lebih memeranjatkan, agak ramai yg masih keliru dgn istilah2 YAHUDI, NASRANI dan ISRAEL..ramai sebenarnya tidak faham beza antara ke tiga-tiga istlah ini namun masih tetap memberi pandapat yg dengkel. Berkata baiklah, dan andai kamu tidak tahu mengenai sesuatu perkara, maka lebih molek jika diam sahaja & jgn tunjuk pandai walhal kita x pandai.

Persoalan saya kepada anda, BENARKAH BEGITU?? APA ITU ISRAEL?YAHUDI?NASRANI?

KALAU ANDA INGIN TAHU, SILA BACA HINGGA HABIS (jgn baca xhabis nanti bawa info sesat saya juga susah)

YAHUDI

Kalimah Yahudi dinisbahkan kepada anak yang ke-4 bagi Nabi Yaakub a.s yang bernama Yahouza dan ia juga merupakan salah satu daripada puak-puak Bani Israel. Gelaran ini mula terkenal selepas daripada keutuhan kerajaan Yahouza pada tahun 586 sebelum masehi. Kemudian kalimah Yahudi diitlakkan kepada mereka yang menganut agama Yahudi atau agama Musa. Menurut pengarang dalam kitab yang menjelaskan makna Yahudi ialah "Yahudi adalah agama yang dianuti oleh kaum Bani Israel semenjak dari zaman Nabi Musa a.s. Ini diambil dari kata-kata Nabi Musa:


"Sesungguhya kami kembali kepada-Mu wahai Tuhan".Mereka adalah umat Nabi Musa dan kitab suci mereka bernama Taurat.


IBRAN

Adapun makna kalimah Ibrani ialah nama bagi kabilah yang sampai nasabnya kepada Saam Bin Nuh. Daripadanyalah terbentuk sebuah ummah yang besar dinamakan keturunan Saam. Terdapat lapan jenis bangsa yang lahir daripada keturunan Saam iaitu Ashour, Babil, Finique, Aram, Kan'an, Kaldan, Ibrani dan Masri. Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli sejarah mengenai asal usul nama kabilah ini.

· Ada yang mengatakan ianya diambil sempena dengan nama moyang Nabi Ibrahim iaitu Aabir.

· Pendapat kedua pula mengatakan ianya adalah satu gelaran yang diberikan kepada Nabi Ibrahim kerana dia adalah orang pertama menyeberangi Sungai Furat.

· Manakala pendapat yang ketiga sepertimana yang disebut oleh Dr Ahmad Syalabi bahawa gelaran Ibrani yang diberikan kepada Nabi Ibrahim serta pengikutnya kerana mereka hidup berpindah-randah dan sentiasa merentasi padang pasir dan gurun untuk mencari rumput bagi ternakan laut.

ISRAEL

Israel ialah kalimah Ibrani yang membawa maksud "kamu mengalahkan Tuhan".
Ia adalah gelaran yang diberikan oleh Tuhan-tuhan orang-orang Yahudi yang bernama Yahwu kepada Nabi Yaakub selepas Nabi Yaakub dapat mengalahkan Tuhan di dalam pergaduhan di antara mereka berdua. Yahwu berkata:


"selepas ini, jangan lagi kamu dipanggil dengan nama Yaakub malah panggillah Israel kerana kamu bersungguh-sungguh dan telah mengalahkan aku".


Mengenal Siapa Yahudi

"Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan. Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka.

Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi. Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."


Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti. Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.

Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir'aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya .

Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud:

"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku".

Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka. Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka.

Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba. Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu .

Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah.

Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal. Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya. Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka.

Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan.

Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh . Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain.

Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana, raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal, manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian. Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol, Portugal dan Rom sahaja. Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan.

Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi: Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290.

Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394.

Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582.

Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370.

Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut.

Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420. Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444.

Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540.

Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551.

Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi.

Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu.

Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510.

Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.

Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.


Mengapa Yahudi Ditindas?

Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu.

Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan. Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin.

Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam 'Talmud' iaitu tafsiran kepada kitab 'Taurat', ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi.

Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.

..Disebut dalam Talmud lagi: Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut. Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain.

Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi.

Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka.

Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.

Penaklukan Palestin Oleh Rejim Haram Yahudi Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia.

Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan orang-umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang lalai.

Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.

Penutup Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka. Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini.

Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". Janji Nabi pastinya benar.

Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.


Kesimpulannya

Andai anda kata israel yg kita kutuk skrg ini adalah merujuk kepada Nabi Ya'kub maka anda silap dan harus membuat kajian sejarah dgn lebih teliti. Israel ialah merujuk kepada sesuatu kaum sama seperti kaum india, melayu, thailand, arab dan sbgnya. Manakala Yahudi pula merujuk pada Agama bg sesuatu kaum, sama seperti Kristian, Buddha , Hindu , dan Islam..
Maka, apa kaitan Israel dan Yahudi? Yahudi adalah agama yg dianuti oleh bangsa Israel..namun, anda harus tahu, ada bangsa Israel yg memeluk Islam dan saya telah bertemu dgn beliau swaktu majlis Ilmu Habib Umar...

-Amanah kita pada Ilmu, sampaikan yg benar dan apa yg kita tahu..dan jgn berbicara andai tiada tahu-
Wallahu'alam..
ain nurjihad faqir ilallah

SUMBER: buku sejarah palestine, http://syaukawi.blogspot.com/2009/01/makna-kalimah-yahudi-ibrani-dan-israel.html , dan beberapa rujukan buku yg saya miliki di rumah..(skrg kat opis xda buku tu)

Monday, May 31, 2010

MENGUTUK KOMANDO ISRAEL SERANG LIFELINE 4 GAZA!


Kenyataan Media HALUAN Malaysia

Posted by lifeline4gaza on 31 May 2010

PEMBUNUHAN TERBUKA DI LAUT LEPAS

Dunia Menjadi Saksi Atas Kekejaman Dan Sikap Keganasan Israel Di Perairan Antarabangsa Laut Mediterranean

KUALA LUMPUR, Mei 31 – PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.

HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.

“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.

“Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam. Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun. Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan.

Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu. Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi.

Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”. Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata.

Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.
Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.

HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”. Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu.
Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah.

Siaran MediaHubungi:
Encik Amran Baharum

Telefon: (+6) 019-225 4105 /251 4105
Mei 31, 2010


**saya menerima mesej mengenai penahan kapal LL4G pada malam ahad 30hb Mei 2010, mesej tersebut menyeru sahabt2 semua berdoa dan menunaikan solat hajat semoga bantuan hidup untk Gaza selamat sampai ke tangan saudara Palestine kita disana..MARI SAHABAT!TUNAIKAN KEWAJIPAN KITA SESAMA MUSLIM!

Sunday, May 30, 2010

sungguh diri ini cemburu pada mereka

Pasangan huffaz bakal doktor


sumber:IIUM BLOGGERs


Peserta suami isteri yang mewakili Sarawak bagi kategori 1 ke 10 juzuk, Ahmad Fikri Morshidi,21, dan Nur Izaidah Ishak, 21, adalah bukti golongan hafiz juga boleh menguasai bidang profesional.

Pasangan muda yang melangsungkan perkahwinan pada Julai 2009, kini menuntut dalam tahun pertama jurusan perubatan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan, Pahang.

Kata Fikri, kejayaan yang dicapai itu adalah hasil dorongan ibu bapa terutama bapa yang mahukan anak-anaknya hafal al-Quran.

“Kata ayah, al-Quran itu mukjizat. Kalau kita menjaganya, Allah akan menjaga kita. Alhamdulillah, kata-kata itu terbukti kini,” jelasnya.

Beliau mula menghafal al-Quran sejak usia 10 tahun di Maahad Sri Madani, Kuching, Sarawak.
Perjalanan Fikri sebagai hafiz melalui banyak cabaran. Lebih-lebih lagi apabila beliau terpaksa berhenti sekolah di tahun empat untuk menumpukan kepada menghafaz al-Quran.

“Saya berhenti sekolah dari umur 10 tahun kemudian masuk semula pada tahun enam untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

“Alhamdulilah saya dapat 6A dalam UPSR, termasuk Bahasa Arab kemudian 8A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan 9A1 dan 1A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum memasuki matrikulasi UIAM,” tambahnya.

Kecemerlangan beliau dalam bidang akademik membolehkan Fikri dipilih sebagai penerima Anugerah Ibnu Sina semasa menuntut di Sekolah Menengah Sains Kuching.

Sementara itu, Nur Izaidah adalah lulusan program persijilan tahfiz Darul Quran di Kuala Kubu Bahru, Selangor. Menamatkan hafazan 30 juzuk dalam tempoh satu setengah tahun.

Beliau juga pernah mewakili Sarawak dalam majlis menghafaz al-Quran Sekolah Rendah peringkat kebangsaan pada tahun 1999 dan 2000.

Pada majlis peringkat negeri mereka bertemu buat kali pertama sebagai peserta hafazan. Nur Izaidah mewakili Miri dan Fikri mewakili daerah Kuching.

Menurut Fikri, pada ketika itu beliau bersaing dengan adik Nur Izaidah bagi kategori 1-10 juzuk.
“Semasa itu, emak ada mengambil gambar Nur Izaidah. Bila di rumah saya ada melihat gambar itu tetapi tidak tahu siapa dia.

“Rupa-rupanya ditakdirkan Allah, beliau akan menjadi isteri saya selepas kira-kira 10 tahun gambar itu disimpan di rumah,” katanya senyum mengimbau saat manis itu.

Selain persamaan dalam pengajian dan sebagai hafiz, pasangan suami isteri ini juga adalah anak ketiga daripada lima adik-beradik dalam keluarga masing-masing.

Lebih manis lagi, adik-beradik Fikri turut menghafal al-Quran. Contohnya, abang sulung beliau menghafal 10 juzuk, kakaknya yang juga menuntut sebagai doktor turut menghafal empat juzuk.
Ternyata pasangan ini mempunyai kelebihan apabila membuat ulang kaji. Apa tidaknya, apabila si suami membaca isteri akan menyemak dan begitulah sebaliknya.

Kata Fikri, itu adalah antara nikmat yang diperolehi apabila mempunyai pasangan yang juga hafiz. Bagaimanapun, kadang kala, mereka mendengar rakaman bacaan al-Quran untuk mengulang kaji.

“Biasanya kami akan mengulang kaji selepas solat subuh dan maghrib setiap hari. Ini untuk mengelak daripada lupa,” jelasnya.

Fikri juga berharap masyarakat membetulkan salah tanggapan bahawa bidang hafiz al-Quran ini adlaah untuk anak-anak yang kurang cemerlang dalam bidang akademik.
“Golongan yang cemerlang akademik mesti mengambil berat dalam hal agama termasuk menjadi hafiz.

“Barulah kita boleh melahirkan masyarakat yang seimbang dunia dan akhirat,” katanya yang bercadang mendapat sijil syahadah daripada pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Sarawak, Sam’ani Fauzi al-hafiz.
~subhanallah..semoga kita semua juga mampu menjadi hafiz hafizah dan bertemu jodoh hafiz hafizah juga..ameen...~

Thursday, May 20, 2010

EFFECTIVE PRESENTATION SKILL

gambar sekadar hiasan


Bismillah wal hamdulillah....

Salam ceria ^^, Salam yaumul Kubra..

saya baru sahaja selesai sesi public speaking atau presentation di hadapan bos dan rakan sepejabat saya...alhamdulillah rasa sangat lega kerana part saya sudah selesai..
Jumaat ini ( 21hb mei 2010) adalah permulaan bagi sesi ke3 untuk program speaker corner bagi department saya bekerja : Penang 2nd Bridge (UEM Builder). Pada dua sesi pembentangan yg lepas, semua pembentang boleh menggunakan slide presentation power point untk membantu semasa sesi pembentangan di jalankan. Namun, pada kali ini, kami tidak dibenarkan menggunakan sebarang alat bantuan pembentangan dan hanya boleh present dgn bantuan nota kecil n white board shj. Bagi saya ini adalah satu cabaran yg harus saya sahut!

It is easy to make a presentation with slide show, but it is more challenging to present wihtout any slides and it is double challenge to make audience understand with the topic that we are going to present.

Memandangkan audience saya adalah golongan korporat dan ada non-muslim, saya terpaksa berfikir panjang untk memilih tajuk yg sesuai dan yang dapat memberi manfaat kepada audience saya..

Sejujurnya saya lebih terarah untuk present tentang topik palestine..namun, saya freeze kan dulu tajuk tu untuk sesi hadapan..kali ni, saya ingin menarik minat non-muslim dgn cara penyampaian saya terlebih dahulu..

Di sini, saya kongsikan tips-tips untuk effective presentation skills.

Topic: effective presentation skills

Intro:
It is easy to present with slides but it is more challenging present without any slides.
The true essence in presentation is to make people understand with the topic that we gonna present. The best presentation is not bind with the fancy presentation slide, but it is actually depends on how much the audience understand the topic that u r present.

A BAD PRESENTATION
WHAT MAKES PRESENTATION BORED AND NOT INTERESTING?

· Speaking too softly – audience can’t hear your point or even your voice.
(masa cakap ni, sy buat2 suara slow sampai officemates saya gelak..hehe..yg pntg mesej sampai)
· Making little direct eye contact –
· Using overloads slides – too many slides with too many words make audience feels bored and sleepy.jadi elak copy paste sesuatu ayat terus ke slide...editlah sikit2 jadi ringkas n padat
· Rambling – our speech must be concise and precise..elak dari bercakap topik lain dari topik asal.

A GOOD PRESENTATION
  • Being well organized – well prepared, choose the right topic for the right audience, make homework before make presentation
  • Getting to the point
  • Displaying confidence – smile and no shivering, use hand to reduce nerve
  • Showing sincerity
  • Relates well with the audience – eye contact is important..



KEY INGREDIENTS OF EFFECTIVE PRESENTATION

TWO IMPORTANT ELEMENTS IN PRESENTATION: SUBSTANCE & STYLE

A. SUBSTANCE:

  • Content of the presentation
  • Good structure
  • Meet the level of knowledge for the audience
  • Clear, concise & easily understood

    CONTENT: ORGANISE THE PRESENTATION

    I) THE INTRODUCTION
    II) THE BODY
    III) THE CONCLUSION

    I) THE INTRODUCTION
    - Identify topic – choose the right topic, do homework in choosing topic, get know the level of audience is important essence
    - Gain attention
    - make overview for topic chosen + introduction

    II) THE BODY
    Can use various pattern
    -cause & effects
    -benefits & features
    -theory / plan of actions
    -problems solution
    - General to specific

    III) THE CONCLUSION
    - recap overall points of presentation
    - repeat the core message
    - use quote
    -Recommendation
    - or may use Simple story to conclude

    B. STYLE: HOW TO DELIVER EFFECTIVELY?
    - eye contact : engage well with the audience
    - Movements & gestures: don’t just standing. Relax ur body..don't nervous..
    - using ur voice: speaks clearly, confidence & conviction
    -Pratice and rehearse : present in front of the mirror is a good tips
    - use simple note to help
    - well prepared: relax & be a natural presenter

    CONCLUSION

    -DO NOT SCARED
    HAVE CONFIDENCE
    PLAN YOUR WORK
    SPEAK AS U SING YOUR FAVOURITE SONG


    ‘PRACTICE MAKE PERFECT’

Alhamdulillah...saya merasa lega dapat membuat pembentangan dengan sebaiknya..bagi saya ianya bukan pembentangan yg terbaik dan sy harus improvekan lagi cara penyampaian saya..

Alhamdulillah juga kerana pembentangan saya berjaya menarik perhatian senior2 saya termasuk senior cina non- muslim (mr Tan minta nak copy nota presentation saya utk dia baca...^^,)...malah yang amat menggembirakan bos saya Dato' IR Roslam Ibrahim memuji pembentangan saya pada kali ni...Alhamdulillah..syukur pada Allah kerana membantu saya..

Buat kawan2 semua, harap tips ini dapat membantu anda semua utk membuat presentation kelak..(actually the info is same like other tips, just the style to deliver the idea is different)

REMEMBER, PRATICE MAKE PREFECT!




PESANAN LUQMAN AL-HAKIM KEPADA DIRIKU DAN DIRIMU...

Pesanan buat diri ku yang sering alpa...=(

Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.

Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.

Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.

Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.

Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.

Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.

Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.

Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.

Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.

Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.

Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja.

Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.

Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.

Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang ***** menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.

Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.

MOga Allah merahmati diriku dan dirimu ...ameeen...

PaBilA Al-QuRaN bErCeriTa


BISMILLAHHIR RAHMANIR RAHEEM


"Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan dengan tidak menyakiti (perasaan si penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.


Perkataan yang baik dan pemberian maaf[167] lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan si penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.
([167]. Perkataan yang baik maksudnya menolak dengan cara yang baik, dan maksud pemberian ma'af ialah mema'afkan tingkah laku yang kurang sopan dari si penerima. )



Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti orang yang menafkahkan hartanya karena riya kepada manusia dan dia tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian. Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin yang di atasnya ada tanah, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih (tidak bertanah). Mereka tidak menguasai sesuatupun dari apa yang mereka usahakan; dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir[168]. "
([168]. Mereka ini tidak mendapat manfaat di dunia dari usaha-usaha mereka dan tidak pula mendapat pahala di akhirat. )



(surah Al-Baqarah: ayat 262-264)