Salaam..
Sedang saya menjelajah ke blog sahabat2 alam maya, mata saya tertarik
dengan post ini.Bagus bangat buat mereka yg suka menata wajah mereka dengan
pelbagai gaya dan solekan warna-warni..BACALAH, DAN RENUNGKAN..
TAJUK: Wanita Kolot..!!
Pernah saya di tanya oleh seorang kawan, kenapa wanita itu bersolek dan ber make-up terutamanya para artis dan penyanyi, sehinggakan kekadang solekan itu mampu mengubah wajahnya.. Saya jawab mudah jer, dorang ni bersolek sebab dorang tau dorang tak cantik dan tak lawa. So, dorang ber make-up untuk menarik perhatian orang di sekeliling..
Wanita yang bersolek bermaksud ia mempunyai mental yang lemah. Seperti apa yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Setiap wanita ada kelemahannya, lemah tenaga berfikir dan lemah soal-soal agama”.
Di zaman silam, amalan bermake-up merupakan cara wanita-wanita mendedahkan kecantikan rupa paras adalah merupakan satu perkara tradisi. Di zaman moden ini pula, masih ada lagi golongan wanita yang cuba memulihkan setiap amalan kolot dahulu dan dipolularkan pula dengan teknik dan cara yang moden. Lantaran inilah Allah melarang sikap golongan tersebut. Larangan ini termaktub di dalam firman Allah yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu bersolek seperti solekan orang-orang Jahiliyyah yang dahulu” (al-Ahzab: 33)
Pujangga Arab pula ada berkata:
“Otak kolot gemarkan perhiasan. Mental terpelajar tidak berhajat sebarang perhiasan”. Keadaan hidup orang terpelajar Islam adalah normal. Mereka tidak tamak perhiasan yang banyak, malahan ilmu pengetahuan yang ada di dada mereka sudah cukup sebagai perhiasan diri. Beginilah keadaan manusia, andaikata perhatian ditumpukan kepada kerohanian sepenuhnya, alamat berkuranglah perhatian ke bidang material. Tapi tidak mengapa, ukuran manusia di hati dan lisannya, bukan ukuran terletak di kot atau di gaunnya.
Seorang penyair Arab pernah bersyair dengan katanya:
Ambillah jiwa yang suci ini
Lengkapkan pula budi pekerti
Tidak kebahagian di rupa paras
Tapi berbahagia di jiwa yang murni!
Si pesolek tidak ubah seperti kanak-kanak. Sukakan pakaian yang baru-baru dan moden. Tapi untungnya, kanak-kanak tidak membazirkan masa berjam-jam di hadapan cermin. Malangnya, kakak-kakak yang telah dewasa melakukan ini semua. Berjam-jam masa dihabiskan di hadapan cermin. Mereka ini sudah pandai menilai kecantikan tubuh kononnya.
Andainya diletakkan fesyen ini ke badan, semakin bergayalah, dan jika dibedak semakin berserilah wajah yang sedia ada? Kepastian ini dapat dijawab oleh cermin di hadapannya. Jika tak puas dilihat di rumah, bukankah ada cermin mini yang tersedia ada di dalam beg tangannya? Sungguh aneh, di zaman ini pun terdapat sesetengah mahasiswi kita yang terikut-ikut dengan suasana dan keadaan. Mereka juga bermake-up dan berpakaian seperti orang yang tidak berpelajaran. Maka akibatnya bukankah sama..??
Ini dapat kita perhatikan dari firman Allah yang bermaksud: “Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikut hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pun. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang zalim” (al-Qasas: 50).