KATA-KATA YANG BAIK ADALAH SEDEKAH

Wednesday, February 17, 2010

KISAH PEMINTA SEDEKAH, BELANJA MAKAN & IBU TUNGGAL YG TABAH



HARI2 HARUS BERNIAT UNTUK DAPAT TOLONG ORANG WALAUPUN SEDIKIT...MUNGKIN INSAN YG KITA TLG ITU SEBENARNYA MALAIKAT YG DI UTUS ALLAH UNTUK MENGUJI HAMBA2NYA YG LEKA

seorang sahabat bertanya "macammana kalau ada peminta sedekah dtg kat kita tapi kita xnak bagi sbb takut peminta sedekah tu tipu atau agent?"

Saya jawab “kalau saya, saya xnak fikir samada dia betul2 cacat / buta / fakir/ agent tapi saya bagi je apa yg ada di tangan..”

“even peminta sedekah tu menipu?tiap2 minggu dtg dgn isteri minta sedekah sambil jual tisu.Kalau sekali sekala xpe juga..tapi setiap minggu ada”

sy jawab "nabi pesan suruh kita tunaikan permintaan org2 yg dtg meminta pada kita, kalau penjual kerepek dtg kat kita suruh beli, kita beli dgn niat membantu dia even kita rasa tak teringin nak makan kerepek tu, kalau peminta sedekah yg sama dtg minta duit setiap mggu, kita bagi je duit even rm 1 pun xpe..jgn dihalau atau buat muka marah...kita x tahu situasi mereka mcmmana, samada dia xbuta, xcacat agent atau penipu tu hal dia dgn Allah..dan kita yg byk duit ni kena ingat, sedekah dapat bersihkan duit gaji kita dari seribu mcm syubhah (termasuklah gaji buta)"

“so kalau peminta sedekah yg sama je kita jumpa hari2 kena bagi jugalah?”dia bertanya lagi.

“ berilah sekadar mampu…kalau ada byk duit bagilah lebih..tapi kalau saya, setiap hari jumaat ada wanita dengan anaknya yg kecil (sebaya adik saya) duduk minta sedekah kat jejantas ke Mid valley…kalau sempat saya bagi..tiap2 minggu.sy xbagi byk cume rm1 je…setiap rm1 saya pastikan niat sy ikhlas kerana Allah biarpun dah berpuluh kali saya sedekahkan rm1 pada org yg sama di tempat yg sama.”
Kadang2, saya akan beri gula2 atau coklat pada kanak2 yg sy jumpa semasa pergi kerja atau berjalan-jalan dengan family..kalau ada pengemis kanak2 di pasar malam, saya akan suruh adik perempuan saya belikan makanan dan beri kepada mereka..mereka memerlukan makanan lebih dari wang tpi manusia alpa dan membenci mereka...


Adik saya yg berumur 9 tahun bertanya bila saya suruh dia beri makanan kepada pengemis " Kenapa kak lang bagi mee goreng dengan air anggur kat dia kak lang?nape kak lang x bagi duit je?org lain bagi duit??"

Saya menjawab sambil mengusap rambut adik saya "Kina, kwn2 kina tu lapar...kesian kat dia..daripada kak lang bagi rm1 je lebih baik kak lang belikan terus makanan kat dia biiar dia kenyang.mesti dia lagi suka kan?" Adikku sakinah mengangguk2 sambil tersenyum..

Beri makanan bleh beri mereka kenyang..tapi kalau beri duit mungkin duit tu mereka x dapat tapi dirampas agent yg menghantar mereka...saya akan tetap beri walau saya tahu mereka under agent kerana sy nampak mereka lapar dan dahaga.


NIAT YG IKHLAS SEDEKAH KERANA ALLAH DAN BUKAN KERANA MALU ATAU TERPAKSA

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawaRasulullah s.a.w. telah bersabda: sesungguhnya Allah Taala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, akan tetapi Allah Taala melihat hati dan amalan-amalan kamu. [Hadis Riwayat Muslim]

Umat Islam sekarang terlalu berkira dalam bab duit dan harta..mereka sungguh berkira untuk laburkan rm1 untuk account akhirat mereka tapi ironinya, mereka sungguh murah hati dengan jualan2 mega hingga sanggup berbelanja ribuan ringgit dan men’zero’kan account bank mereka tanpa rasa ragu akan “rugi” di akhirat nanti.

Apalah salahnya jika seminggu sekali kita sedekahkan rm1 pada mana2 peminta sedekah di jalanan…apalah susahnya jika kita memberi makan pada fakir miskin dan anak2 yatim..tak habis pun duit gaji kita sebulan..makin bertambah rezeki lagi adalah. insyaAllah…..


Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawaRasulullah s.a.w. telah bersabda: sesungguhnya Allah Taala tidak melihat rupa paras dan harta-harta kamu, akan tetapi Allah Taala melihat hati dan amalan-amalan kamu. [Hadis Riwayat Muslim]


SEDEKAH DENGAN MAKANAN

BELANJA MAK AYAH, ADIK BERADIK & SAHABAT2 MAKAN…


Dari Abdullah bin Amr bin Asr r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Barangsiapa memberi makan saudaranya sehingga kenyang dan memberiminum sehingga hilang dahaga, maka Allah s.w.t akan menjauhkannya dari api neraka jahanam sejauh dua parit. Dan jarak antara dua parit adalah sejauh perjalanan lima ratus tahun.[Hadis Riwayat Hakim]

Teringat dengan kata opah saya beberapa minggu yg lalu “ko tu ain, bila dah keje kena la buat kenduri doa selamat..jemput org2 surau dtg umah..bagi budak2 makan..bagi sepupu ko tu makan..”

Sy hanya mengangguk dan diam. Dalam hati saya berkata, opah, memang ain xbuat kenduri doa selamat atau2 apa2 kenduri…rumah ain kecil..apa yg mampu ain beri…

Kalau di ikutkan pendapat mereka yg sudah veteran, mereka menuduh saya xpernah bersedekah sbb bila dah grad x buat kenduri doa selamat, bila dah dapat keje ok xbuat kenduri doa selamat gak…saya xberkata apa2..hanya mendiamkan diri dan berbicara dengan hati sendiri je…saya hanya mampu tersenyum kelat bila dituduh kedekut dan x mau buat sedekah serta dapat ceramah free dari mereka yg berkaitan. Sebenarnya apa yg mereka ingin katakan mudah saja Cuma Bahasa berbeza. Mereka menyuruh saya untuk bersedekah bila Allah murahkan rezeki cume cara mereka agak rigid dan mungkin akan jadi sampai tahap bidaah sbb bila grad je kene buat kenduri doa selamat..yg sebaik2 nya begini…kita sedekahkan sebahagian duit gaji kita dengan belanja ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai kita makan yg sedap2..Belanja makan juga adalah sedekah…ianya sama dengan kita buat kenduri doa selamat…matlamatnya = bagi org makan & bersedekah. Tak perlu susah2 cari jalan untuk bersedekah sedangkan jalan mudah ada dimana2…yg penting kena faham makna sedeqah dan ikhlas..

Jadi, jom kita buat kempen belanja kawan2 makan…saya memg suke belanja org makan dari belanja beli brg yg x tentu faedahnya..=P


MEMBERI SALAM DAN SENTIASA BERWAJAH MANIS (SMILEEEE…SAY CHEEEEEESEE!!)

Dari Abdullah Bin Umar r.huma meriwayatkan bahawa seorang lelakitelah bertanya kepada Rasulullah s.a.w : Ya Rasulullah s.a.w apakah satu amal yang paling baik dalam Islam? Baginda saw menjawab : Memberi makan dan memberi salam samada kamu mengenalinya atau tidak. [Hadis Riwayat Bukhari]

Pastikan bangun pagi untuk solat subuh atau tahajjud dengan senyuman, mandi dengan senyuman, makan dengan muka manis dan berjalan dengan wajah yg tenang ke tempat kerja…semua itu akan membuat org yg melihatmu jadi tenang dan turut tersenyum…

Senyum2lah selalu dan hindari bermasam muka…tapi jaga2 dengan senyum jgn sampai jadi racun hati.=)


TOLONG MAKCIK YG BARU BAIK STROK ANGKAT BARANG NAIK BUS

Setiap hari, saya akan niatkan dalam hati untuk dapat peluang menolong mana2 hamba Allah sepanjang perjalan pergi balik dari rumah ke tempat kerja…hati saya akan rasa gembira jika dapat membantu mereka yg susah, dan saya selalu merasa susah hati & x selesa dgn diri sendiri bila xdapat membantu mereka yg susah…

Alhamdulillah, semalam saya dapat membantu kawan saya dgn meminjamkan payung pink sy kepadanya kerana ptg semalam hujan tersangat lebat...kemudian, semasa menunggu bus di stesen KTM serdang, saya terlihat seorang makcik terbongkok2 menahan bus.bus berhenti..makcik tadi termengah2 menaiki bus dengan membawa 5 beg plastic besar berisi brg2 yg berat..aduh, saya x sempat nak bantu sbb saya di belakang makcik tu..namun, setelah membayar tiket bus, sy dpt bantu makcik tu angakt beg2 plastik yg berat ke tempat duduknya….”Ya Allah..beratnye, macammana makcik ni bleh angkat 5 plastik sekali gus?” saya memandang sayu pada makcik tu…wanita tabah!.sambil menanti tiba ke destinasi, sy sempat berbual2 dgn makcik itu. Rupa2nya makcik itu seorang wakil NGO yg membantu ibu2 tunggal..brg2 yg dia bawa semuanya untuk ibu2 tunggal dan anaknya juga merupakan ibu tunggal. DIa juga menceritakan betapa sedih hatinya bila pergi ke pejabat BAitul Mal untuk dapatkan duit Bantuan, permohonan sudah lulus tapi ustaz baitulMal suruh ambil duit di hari lain…Ya Allah..kesian makcik ni…system birokrasi ternyata menyusahkan lagi org yg susah macm makcik ni…Dalam hati saya ada rasa kesal pada system yg digunakan dalam pengagihan wang kepada fakir miskin dan balu (ibu tunggal).

Kepada makcik yg tabah tadi, saya hnya mampu mendengar keluhan hatinya mengenai hidupnya dan hidup ibu2 tiunggal yg lain yg ternyata susah dan penuh ranjau untuk hidup. Setiba di destinasi, saya hanya mampu membantu makcik itu mengangkat begnya turun dari bus..saya memandang sayu ke arahnya dan beroda mudah2an Allah sentiasa murahkan rezekinya...Ameen...


MOga Allah memudahkan untuk kita sentiasa membuat amal kebajikan di dunia untk akhirat

"USAH BERTANGGUH UNTUK BUAT BAIK DAN USAH MENUDING JARI UNTUK TIDAK MEMBANTU SESAMA MUSLIM!"