Bismillah walhamdulillah…wasubhanallah Allahu Akbar..
Assalaamualaikum buat sahabat2 yg sudi melawat blog saya ni..
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
Assalaamualaikum buat sahabat2 yg sudi melawat blog saya ni..
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
Hadith ini juga diriwayatkan dengan lafaz yang lain seperti berikut: Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati , putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) (1) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (2) (Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad) "Sedekah jariah" ialah harta benda yang diwaqafkan kerana Allah Taala
"Ilmu yang berguna atau bermanfaat kepada orang lain," yang tersebut dalam hadith ini ialah ilmu yang berhubung dengan agama Islam secara khusus dan juga yang berhubung dengan kemajuan di dunia secara umum, sama ada melalui syarahannya kepada murid-muridnya dan orang ramai, atau melalui kitab-kitab dan buku-buku karangannya. Selagi ilmu yang diajarkannya atau kitab-kitab dan buku-buku karangannya masih wujud dan dinikmati faedahnya oleh umum maka ia akan mendapat pahalanya berterusan semasa ia hidup dan sesudah ia mati .
Sahabat2 sekalian,
Saya mula membaca hadis ini ketika saya berumr 16 tahun, waktu itu saya gemar ke perpustakaan di kampung saya Kuala Kubu Bharu. Pertama kali saya membaca hadis ni fikiran saya ligat berfikir, “Apakah yang dapat aku bawa jika aku mati nanti?”…hadis ini terngiang2 ditelinga saya hinggalah saya tamat SPM. Hadis ini memberi impak yg BESAR dalam diri dan hidup saya..dengan terbacanya hadis ini, saya telah menukar cita2 saya dari menjadi Arkitek kepada guru…masa tu saya baru form 4..cita2 nak jadi arkitek bermula dari darjah 3 lagi (imaginasi saya tinggi dan saya sebenarnya suka melukis) namun, kerana hadis yg berharga dari Rasul ini saya telah tekad mengubah cita2 saya kepada GURU.
BANTAHAN
Sejujurnya, setelah saya Berjaya mendapat keputusan SPM yg cemerlang saya memang ingin terus ke Maktab Perguruan…namun, hasrat ibu tercinta tidak sekata dengan hasrat saya…ibu menginginkan saya masuk ke UIAM..melihat muka ibu saya yg bersungguh2 ingin saya masuk ke UIA..saya turutkan jua dengan hati yg berbelah bagi.Dalam hati saya masih kuat keinginan untuk bergelar GURU…namun, saya rela korbankan sedikit impian saya untuk capai impian ibu melihat saya berjaya menjadi mahasiswi UIA.
Alhamdulillah, perjalanan hidup di UIA dapat saya tempuhi dengan bantuan Allah dan sokongan dari insan2 yg tersayang. Saya sebenarnya seorang yang gemar mencuba sesuatu yang baru dalam hidup saya, keputusan memilih jurusan Architecture semasa di Matrik adalah keputusan yg tepat kerana saya memang minat melukis (even saya xde basic lukisan kejuruteraan + add math sbb saya pelajar jurusan satera) dan pointer saya juga tinggi semasa di MAtrik.
Namun, Semasa melangkahkan kaki ke Kampus Utama UIA untuk ijazah, saya memilih untuk masuk ke bidang JURU UKUR BAHAN…sebenarnya saya memilih untuk ambil kos ini bukan kerana saya suka..tapi kerana keluarga saya menghadapi masalah kewangan dan masalah dalaman yg kritikal, saya korbankan sekali lagi keinginan saya untuk serius dalam bidang arkitek kerana bidang ini memerlukan kos yang tinggi dari segi kewangan..begitu juga dengan kos seni halus (applied art). Saya ambil jurusan QS demi mengurangkan beban ibubapa saya sbb kos QS (Quantity Surveying) ni x melibatkan terlalu banyak duit berbanding kos architecture. Alhamdulillah, duit PTPTN saya dpat saya agih2kan kepada ibu dan adik2…itu tujuan sebenar saya..saya xkisah kalau saya susah sedikit asalkan dapat tgok ibu dan adik2 sentiasa ceria.
Bergelar mahasiswi QS memang mencabar semangat saya. Selama 2 tahun saya cuba mengikhlaskan diri saya untuk BELAJAR subjek QS KERANA ALLAH, namun saya gagal..hati saya masih tidak redha dengan apa yg saya belajar. Hati dan jiwa saya memberontyak sbb saya harus belajar mengenai banggunan dan isi2nya sedangkan sahabat2 lain seronok dan tenang belajar mengenai hadis dan Al-Quran…minat sy pada agama terlalu mendalam tapi pemikiran sy pada agama belum cukup matang pada waktu itu. Pada Akhir semester tahun 2 saya decide untuk tukar kos kepada ILMU WAHYU..borang sudah dihantar dan duit pemprosesan juga sudah dibayar…kemudian saya membuat solat isktikharah dan solat hajat..mohon Allah berikan yg terbaik.
Seperti yg saya katakan tadi…saya amat cintakan ilmu agama dan ingin mendalaminya..namun ketika itu penghayatan sy dalam agama belum matang..kenapa sy berkata demikian??..2 minggu cuti selepas saya submit application to change course, sy muhasabah diri dan merenung dalam2 mengenai diri, juga merenung visi dan misi dalam beragama..sy mula berfikir..adakah dengan belajar agama dan ambil jurusan agama sy bleh mengahayati agama dan ikhlas dgn lebih mendalam?adakah benar belajar selain dari pelajaran agama tidak bagus?saya mula meluaskan lagi skop pemikiran saya…saya meletakkan diri saya sbgai seorang ustazah…ya,saya memang ingin menjadi ustazah, tapi, dakwah saya mungkin hanya akan memahamkan murid2 saya sewaktu belajar agama shj…murid2 saya mungkin gagal untuk menjana subjek2 lain sebagai ibadah melainkan guru2 subjek lain yg mengajar mereka mengaitkan subjek2 yg di ajar dengan islam…(JARANG SEKALI BERLAKU DI MANA2 SEKOLAH) kemudian saya meletakkan diri sy sbgai seorang QS muslimah, saya dapat melihat betapa perlunya seorang muslim yg teguh dan mantap agamanya dalam bidang Qs, bidang yang penuh cabaran dari segi muamalat dan jual beli…perlunya QS muslim untuk membetulkan apa yg bengkok dalam bidang korporat terutamanya dalam bidang pembinaan dan membersihkan system berat sebelah yg diamalkan dlm kebanyakkan system procurement dalam construction industry (which is mean the system is not ‘adil and consist lots of suspicious elements such as hidden interest, etc). Allah telah meletakkan diri saya dalam bidang ini ada hikmah yg tersembunyi, salah satu dari hikmahnya mungkin Allah ingin saya jadi wakil QS muslimah yg dapat memberi sedikit sinar agama kepada ahli2 professional dalam bidang industry pembinaan..mungkin!?tapi amanah dan tanggungjawab ini rasa terlalu berat di bahu saya…namun, jika saya kuat dan tabah dalam membawa panji Islam, insyaAllah..mungkin tidak semua, namun mungkin sesetengah darinya akan tersedar dan kembali ke jalan yg lurus.
Telah terlalu banyak universiti dalam M’sia dan luar M’sia yg mengeluarkan produk2 ustaz dn ustazah..tapi teramat sedikit dan kurang sekali Universiti di dalam Negara kita yg mengeluarkan produk Professional Muslim dan professional Muslimah..malah ada universiti yg mengeluarkan “sampah” yg membawa kepada kejahiliyyahan masyarakat terhadap agama (wa’iyazubillah)…Professional muslim wa muslimah adalah insan yang dimana pun dia dicampak, Islam akan menyerlah dan bukan kelam dibawa arus keadaaan..disinilah, saya memahami makna sebenar seorang da’ie, sehebat2 pendakwah rabbani adalah apabila dia pergi ke suatu tempat, dia Berjaya merubah keadaan di tempat itu dan bukan keadaan yang mengubahnya…
Dan sekarang, pada masa ini, pada waktu ini…sy telah Berjaya menghabiskan studi saya dalam bidang QS. Malah 4 bulan sebelum sy grad, saya sudah bekerja di sebuah syarikat swasta, menyebarkan dakwah disana secara kecil2an..Kini saya sudah bekerja dengan syarikat pembinaan yg memang menjadi impian saya setelah saya dapat mengihlaskan diri saya mendalami bidang QS dan bidang agama serentak 3 tahun dahulu…Kini saya meneruskan visi dan misi saya dalam dakwah di mana jua sy berada….pen off.
Menulis juga satu jihad bagiku, moga cebisan kecil ini bisa membantuku ketika di Mahsyar nanti…