KATA-KATA YANG BAIK ADALAH SEDEKAH

Sunday, August 21, 2011

7 Malam Terakhir


Ramadhan ke 22...hujan renyai menyirami bumi tatkala coretan ini ditarikan jejariku. Alhamdulillah dengan nikmat Allah menyejukkan bumi-Nya yg pagi tadinya agak panas seawal jam 7.30 pagi matahri sudah mula memunculkan diri...Allah limpahkan sedikit hujan pada kita agar kita sentiasa syukur dengan adanya sang matahari sebagai penerang alam..dan Allah berikan kita sedikit rasa panas agar kita tersuntik rasa bersyukur dengan hadirnya hujan sebagai penyaman...maka..usah mengeluh jika panas...usah mengeluh jika hujan...kedua2 rahmah buat kita semua...bukti kasih sayang Allah pada kita semua..


Kita semakin menghampiri pengakhir Ramadhan. Hatiku sering berbisik "apa yg telah aku dpt laksanakan pada ramadhan tahun ini?adakah meningkat kualiti ibadahku berbanding tahun2 yg lepas atau lebih teruk?"

Sejujur-jujurnya, diriku tersepit dengan kekangan kerja dan amanah yg ditugaskan untukku sehingga badanku sering letih tidak berdaya utk berterawikh & bangun malam...syukur kepada Allah kerana mengurniakn padaku zaujun (suami) yg sering mendorongku utk terus beribadah...dia lah sumber inspirasiku untuk terus-menerus mengikuti terawikh di masjid UIA tercinta...dia juga sabar melayani karenahku yg sering keletihan dengan bebanan kerja sehingga membuat emosiku turut terganggu...Alhamdulillah daku cepat sedar lantas memadamkan emosi dari terus bersarang di hati...Astaghfirullahal 'azeem..

Kembali pada bicara malam ke -7, suka untukku sebarkan kepada semua doa yg diajar oleh suami saidatina 'Aisyah yg amat beliau cintai...yakni Rasulullah sallalahu 'alaihi wassalaam..:




Daripada "Aisyah r.a :






Aku berkata : "Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa)?"






Bersabda nabi : sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan amat suka meemberi ampun, maka berilah daku keampunan"






(HR at-Tirmizi, Ibnu Majah:3119, Imam at_tirmizi rahimahullah menyatakan ia hadis Hasan Sahih)

Doa berharga ini ku kutip ketika menghadiri Kuliyah Agama Ustaz Asri kelmarin...Alhamdulillah Allah berikan diri ini sedikit ilmu yg bermanfaat utk ku kongsi bersama sahabat2 semua...

Buat sahabt2 yg sudi membaca...Salam Ramadhan, Mari terus beribadah utk Malam Lailatul Qadar...






Wednesday, August 10, 2011

The Revival! Ramadhan Kareem...



Revive kan semula diri dengan kehadiran ramadhan mulia ini. Mari!


  • Tabahkan hati

  • Tinggikan akhlak

  • Rendahkan hati

  • Tingkatkan iman

  • Perbaharui amal

  • Topup ibadah

  • Tawadhukkan lidah

  • Besarkan hati dengan sabar

  • Lebarkan senyuman

  • Lebihkan kata2 yg manis

  • Maniskan kata2 yg pahit

  • Indahkan peribadi

  • Ikhlaskan diri lakukan semua kerana Rabbi

pesanan buat diriku yg lemah dan sering lupa...