Pesanan buat diri ku yang sering alpa...=(
Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.
Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.
Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.
Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.
Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.
Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.
Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.
Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.
Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.
Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.
Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.
Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.
Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja.
Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.
Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.
Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.
Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang ***** menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.
Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.
MOga Allah merahmati diriku dan dirimu ...ameeen...
KATA-KATA YANG BAIK ADALAH SEDEKAH
Showing posts with label nasihat ulama. Show all posts

Thursday, May 20, 2010
Wednesday, February 3, 2010
Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua gadis
Bismillah...selawat dan salaam ala Rasulillah saw...
Kali ini saya sertakan Pesanan dan nasihat berharga dari Syeikh Ali Tantawi kepada semua muslimat...saya sudah membaca artikel ini 5 thun yg lalu dan sekarang sy ingin berkongsi dgn shbt2 semua..
Kita mulakan....
Nasihat ulama' kepada puterinya..........
Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/
Tarikh: Jumaat, 18 Julai 2008 @ 15:57:12 Topik: Umum
Wahai puteriku….
Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.
Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua muslimat
Kepada Puteriku Wahai puteriku..
saya seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahunUsia muda telah saya lewati saya tinggalkan kenangan, impian, amunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia.
Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang saya sampaikan secara jelas dan mudah.
Wahai puteriku….
banyak saya menulis, sering juga saya menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral. Semua itu berterusan saya sampaikan. saya tulis dan khutbahkan…..sehingga pena yang saya gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang saya perolehi Kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.
Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk .Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mamu mengelak.
Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masyaALlah!Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada.
Kita gagal, dan saya kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya? Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.
Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju.
Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.
Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong...saya kecurian.”
Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.
Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalaj pencuri, pasti engkau akan berhati hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.
Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.
Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

saya bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.
Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.
Apakah sesudah itu puteriku?
Renungkanlah! ini lah the continuation of that article......hope that u guys can benefit from it..share it with others k
Kamu berdua bersama-sama berasmara, menikmati kelazatan yang hanya sebentar kau rasakan….sesudah itu, dia lupa dan pergi meninggalkan engkau. Dan engkau..akan merasakan pahitnya daripada pertemuan yang sebentar itu untuk selama-lamanya.
Dia pergi dengan diam-diam meninggalkanmu, mencari mangsa baru untuk dirayu dan diterkam lagi kegadisannya Sambil dia mencari dan menikmati mangsa baru engkau perlahanlahan merasakan sesuatu ayng berat menganjal di perutmu.Engkau sedih dan muram Engkau bingung dan gelisah. Lelaki yang membesarkan perutmu itu tidak dituntut atau dihukum oleh masyarakat yang zalim, bahkan…..diberi keampunan dan dibiarkan bebas dengan alasan: “Dia yang dahulunya sesat, tetapi sekarang sudah insaf”.Tapi engkau……?Engkau akan terus kecewa dan terus dihina sepanjang usiamu. Masyarakat tidak akan mengampuni dosamu.
Seandainya ketika dia mula merayumu, engkau tolak dengan sikap yang tegas……Engkau alihkan pandanganmu dari pandangannya……seandainya sikapmu itu tidak menghentikan usahanya dan malah bersikap lebih biadap dengan mengucapkan kata yang jelik dan menggunakan tangannya, cepat-cepat engkau gunakan tanggalkan kasutmu dan pukullah kepalanya……kalau engkau lakukan itu, pasti semua orang yang ada di sekitar itu akan serentak menolongmu.Sesudah itu ……….Dia akan ngeri mengganggu wanita terhormat di jalan.
Wahai puteriku…….
Lelaki yang baik dan soleh akan datang kepadamu, dengan segala kerendahan hati, memohon kemaafan, menawarkan kepadamu hubungan yang halal dan terhormat.
Dia akan datang meminang dan mengahwinimu.Seorang gadis betapapun tinggi kedudukannya, betapapun banyak hartanya, betapapun hebat kebenaran dan pengaruhnya, dia pasti mempunyai cita-cita: “mencapai kebahagiaan yang tinggi iaitulah bersuami menjadi isteri yang solehah terhormat dan ibu rumahtangga yang baik.”Cita-cita seperti ini pasti diharapkan oleh semua wanita tak kira samaada dia seorang ratu,keluarga raja, bintang filem Hollywood ataupun wanita biasa.
aku mengenali dua orang sasterawati dari mesir dan syria. Kedua-duanya bergelar tokoh. Ilmunya dikagumi kekayaannya melimpah ruah, tinggi kedudukan dan kehormatannya Kedua-duanya telah kehilangan suami, namun………….tiba-tiba hilang keseimbangan akalnya…….dan menjadi gila. Tak perlu aku sebutkan namanya, pastinya semua orang mesir dan syria sudah mengenalinya.
Perkahwinan adalah cita-cita paling tinggi bagi wanita. Jawatan wanita yang tinggi sama ada sebagai anggota perlimen, menteri atau bahkan sebagai presiden, tahapnya tetap berada di bawah perkahwinan.Lelaki, pada dasarnya akan mencari wanita terhormat dan bukan wanita jalang atau yang rosak akhlaknya. Seandainya seorang lelaki bertunang dengan wanita yang baik tetapi wanita itu tiba-tiba berubah akhlaknya, menyeleweng dan masuk ke dalam perangkap nista pasti dengan segera lelaki itu akan pergi meninggalkannya. Dia akan tegap melangkah keluar.
Lelaki yang baik, pasti tidak rela melihat anaknya keluar dari rahim ibu yang keji dan apatah lagi untuk membesarkan dan memelihara anaknya. Seorang pemuda jalang yang bejat dan menjijikkan, apabila tidak mendapati mangsa gadis yang mahu mengorbankan kehormatan dirinya di bawah tapak kakinya dan menjadi alat permainannya……dan apabila dia juga tidak memperolehi wanita pelacur atau gadis lalai yang rela dengan agama syaitan dan iblis serta mengikut syariat binatang. Pasti dia akan mencari jodoh dengan seorang puteri yang perlu dinikahi dengan landasan sunnah dan syariat Islam.
Puteriku suasana sepi dan lesunya pasar pernikahan dan perkahwinan adalah kerana kesalahanmu sendiri. Jatuhnya pasaran dan nilai perkahwinan...
Buat sahabat2 yg membaca artikel ini..fikir2kanlah...jagalah rahim anda untuk benih dari lelaki soleh..."Rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina Qurrotua'yuun, Rabbija'alna muttaqeena imamaa...ameen"
Mohon sebarkan kepada gadis2 dan shbt2 diluar sana...
Artikel ini datangnya dari:
Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/
URL untuk Artikel ini:http://www.ukhwah.com/article.php?sid=2561

Subscribe to:
Posts (Atom)