KATA-KATA YANG BAIK ADALAH SEDEKAH

Saturday, February 19, 2011

~MENJADI WANITA YANG DIDAMBAKAN SYURGA




Bismillah
~

Segala puji bagi Allah, Mahasuci Zat yang seluruh langit dan isinya bertasbih kepada-Nya. Mahasuci Zat yang seluruh laut dan isinya bertasbih kepada-Nya. Mahasuci Zat yang seluruh gunung dan yang ada padanya bertasbih kepada-Nya. Mahasuci Zat yang seluruh binatang bertasbih kepada-Nya. Mahasuci Zat yang langit dan seluruh galaksinya bertasbih kepada-Nya. Mahasuci Zat yang seluruh pohon dan akar serta buahnya bertasbih kepada-Nya. Mahasuci Zat yang tujuh lapisan langit dan bumi berserta isinya bertabih kepada-Nya. Mahasuci Zat yang seluruh makhluk-Nya bertabih kepada-Nya. Sungguh Engkau Maha Mulia lagi Maha Tinggi. Mahasuci Engkau. Mahasuci Engkau.


Amma ba’du,


Tidaklah menghairankan bagaimana manusia boleh tersesat. Akan tetapi yang menghairankan adalah bagaimana manusia bisa terselamat!


Demi Allah, syurga adalah cahaya yang berkelip-kelip, keharuman yang semerbak, istana yang kukuh dan di dalamnya penuh dengan kenikmatan.


Apabila kamu bertanya tentang tinggimu di syurga, ketahuilah bahawa tinggimu 60 hasta menjulang kelangit(60 meter), seperti tinggi nenek moyangmuNabi Adam a.s.


Apabila kamu bertanya tentang umurmu, ketahuilah bahawa umurmu ialah 33 tahun, 3 bulan dan 3 hari, seperti umur Nabi Isa a.s.


Apabila kamu bertanya tentang kesabaranmu, ketahuilah, kamu memiliki kesabaran seperti Nabi Ayyub a.s.


Apabila kamu bertanya tentang raut wajahmu, ketahuilah wajahmu setampan dan secantik serta seindah wajah Nabi Yusuf a.s.


Apabila kamu bertanya tentang akhlakmu, ketahuilah, akhlakmu seperti akhlaknya Nabi Muhammad saw.



Wahai kaum wanita, apabila kamu bertanya tentang keutamaanmu dari bidadari, ketahuilah bahawa kamu lebih mulia daripada bidadari kerana meraka tidak pernah lelah(letih), tidak dibebankan dengan kewajipan ketaatan, ibadah, mu’amalah, perintah dan larangan. Sedangkan kamu diperintahkan supaya taat kepada Tuhanmu, taat kepada suamimu, mendidik anak dan mengurus rumah tangga.


Apabila kamu bertanya tentang keutamaan penghuni syurga, ketahuilah bahawa mereka tidak kencing, buang air besar, mengeluarkan angin(kentut), keringat, haid dan nifas. Mereka tidak khuatir, takut, sakit, lelah, mendapat kesulitan, bosan, meludah, mengeluarkan hingus, lemah, keras hati, sedih, bertengkar, berselisih faham, melakukan perbuatan keji, zina, marah, sombong, riya’, cemburu, dengki, curang dan berbagai lagi perkara yang bisa dilakukan di dunia yang fana ini.


Adapun keringat yang akan keluar daripada perutmu adalah berupa minyak misik.

Apabila kamu bertanya tentang umurmu di syurga, ketahuilah kamu akan kekal selamanya, hidup dan tidak akan pernah mati. Maka bersabarlah dan tahan syahwatmu(nafsu) hanya beberapa lama agar kamu beroleh nikmat selamanya. Bersabarah sekejap sahaja sampai kamu memperoleh syurga, kebaikan, keberkatan, keredhaan dan kemuliaan.


Ketahuilah Allah memberikan syurga tanpa membeza-bezakan antara lelaki dan perempuan. Firman Allah yang bermaksud “ Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya(dengan berfirman), ‘Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amalan orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau wanita, keran sebahagian dari kamu adalah keturunan dari sebahagian yang lain..” hingga akhir ayat.

(Ali Imran[3]:195)


Begitu juga dalam surah an-Nahl[16]:97 dan surah al-Mu’min[40]:40.


Oleh sebab itu, bagi kaum wanita yang ingin mendapatkan syurga, mereka harus menjadi orang yang ahli ibadah, ahli puasa, ahli solat malam, mukminah, orang yang bertaubat, selalu bersyukur dan bersabar. Menjadi orang yang taat kepada Tuhannya, taat kepada suaminya, melaksanakan segala perintahnya, pendidik dan pengajar bagi anak-anaknya, penasihat bagi kawan-kawannya, menjaga hak tetangga, berbakti kepada ayahnya,kasih sayang kepada ibunya, sentiasa melakukan introspeksi diri(muhasabah diri), menjaga hatinya, dan hatinya selalu

bergantung kepada Allah dan rohnya selalu merindukan syurga.


Selain itu mereka harus memanfaatkan waktu malamnya ketika orang sedang tidur, waktu siangnya ketika orang makan dan minum, bersedih(kerana dosa) ketika orang sedang bergembira, menangis ketika orang sedang tertawa ria dan diam ketika orang sedang sibuk berkata-kata.


Mereka juga harus menjadi orang yang mudah menangis kerana dosa, sedih, pemurah, dan tidak banyak bicara.

Mereka harus menghindarkan diri mereka daripada sifat lalai, dendam dan banyak berbicara, pemarah, adu domba, membicarakan kejelekan orang, membanggakan diri, mempamerkan kebaikan dan mengumpat.

Ya Allah kami memohon kepada-Mu syurga dan kami berlindung kepada-Mu dari neraka.




Penulis

Dr. Mushthafa Murad

(Anggota Dewan Pengajar Universitas al-Azhar)

*Dipetik daripada buku Best Women in Heaven

Padang, Sumatera Barat , Indonesia

~credit to ZAAF usim. jzkllh khairan jaza'

Wednesday, February 9, 2011

TODAY IS A FISH N CHIP DAY!!

Bismillah…Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad!

Assalamualaikum…


Dear all readers, setelah sekian lama membekukan blog (bulan lepas pun 1 post je sempat buh.huhu) maka hari ni, saya nak buat sedikit PERUBAHAN-ANJAKAN PARADIGMA- BUKAN REFORMASI-TAPI REVOLUSI terhadap blog saya ni…panjang sungguh.x pe, saya yakin korang semua faham.


APA yg saya nak buat? à KALI NI NAK KASI RESEPI PULA…^^,


My 1st RECIPE EVER: FISH n CHIP w COESLOW N MASH POTATOES!! Yummy!

Ok, FYI, hari senin/isnin lepas after work saya suggest kat husband nak buat fish n chip utkbekal ke opis esok hari. Suami saya setuju. Itu memg fevered dia. Terus dia cadang beli barg2 utk buat fish n chip tu…jadi kami pun decide pergi shopping ala-kadar-budget kat JJ setiawangsa..(sbb nak cari serbuk roti terpaksa la pergi market yg SUPER2..market yg mini2 susah nak dpt serbuk roti.)-.-‘


After 30minute kami round2 JJ tu, barang2 yg diperlukan semua dah ada Cuma serbuk roti xjumpa2…susah betul nak cari serbuk roti tau . Sebenarnya senang je nak cari kalau tau kat mana kedai yg jual brg2 utk buat kek tp saya je yg x tahu…huhu T.T…jenuhla pusing-pusing, baca satu-satu,takut-takut ada kat celah-celah rak…tp xjumpa.siap bertanya cashier/pekerja JJ kat mana serbuk roti tp dia jawab “xtau la..rasenye xde jual”…adeh..hampa.(T.T).ok, xpe, suami ajak pg GIANT pula cari kat sana…(SUAMIKU sungguh PENYABAR.hehe)


Masa suami saya ke kaunter nak bayar brg2 yg dibeli, saya pergi lagi cari serbuk roti ke tempat yg pada instint saya ada…cari punya cari…sampai terduduk-duduk, akhirnya! Saya jumpa….Alhamdulillah…seronok! Terus saya callencik suami dan dia pun gumbira terus nak balik cpt2 n masak. Tempat tu sebenarnya kami dah tengok dah tadi…tp sebab tulisannya kecik n byk jenis serbuk (serbuk soya, serbuk beras, serbuk mcm2 lagi xtau apa)jadi saya n suami xperasan la kewujudan serbuk roti ni..(kami berdua ni pakai spec dan power mata kami melebihi power pada kaca mata kami.harap maklum)hihi.


è Serbuk roti ni penting ye kawan2. Nanti fish fillet tu xrangup klau xbuh serbuk roti.


Alhamdulillah, after solat maghrib, saya bertungkus lumus siapkan bahan2 utk buat :


1. Coleslaw, 2. Mash potato 3. Fish n chip.


Bahan2 yg diperlukan utk buat COESLAW ialah:

- Kobis bulat (potong halus)

- Carrot (potong dadu kecil2)

-Mayonis (ikut sukatan/suka hati/sesedap lidah merasa)

-Susu segar (saya letak ½ kotak sbb saya buat byk…kalau buat sikit buh sikit je ye)

-Garam

Cara2:

-Campurkan kobis n carrot yg dah dipotong dadu tadi.gaulkan sampai mesra..

-masukkan susu sikit demi sikit, gilir2 dgn mayonis…kemudian rasa..kalau nak lagi lemak tambah la lagi susu n mayonis ye.

-kemudian, buh sedikit garam dan gaul sebati.dah siap!simpan dalam freezer dulu sementara nak buat mash potato + fih n chips pula.


2. Mash Potato

Bahan2:

Kentang besar 3 biji

Air kosong

Mentega lembut

Susu segar ½ kotak

Lada hitam halus (ditumbuk/beli siap)

Cara2:

Kopek kentang dan rebus dgn air sampai lembut.nak tau lembut atau x, cucuk kentang dgn lidi / Garfu.

Bila kentang dah lembut, tos air, amek kentang je n start lenyek2kan kentang tu.

Lepas semua dah lembut gebu, masukkan susu sikit demi sikit dan gaulkan.lepas tu masukkan juga marjerin 2 sudu besar..gaul sekali.

Last sekali masukkan lada hitam yg dah ditumbuk halus.gaul sebati.kalau nak lagi sedap, tambah sikit garam…

-p/s:kalau nak lebih watery, buh la susu segar lebih skit..ada la kuah sikit.siap!



3.Fish n Chip

Bahan2:

-Fillet ikan dori

-Tepung gandum

-serbuk roti

-serbuk pati ayam

-lada putih (halus)

-secubit soda bikarbonat

-garam

-lemon

-jejari kentang yg belum digoreng.

-sos barbeque

-salad

Cara2:

-Potong ikan ikut suka hati..(nak kecik atau besar).perap ikan dgn lada putih halus + perahan lemon (limau pun blh)

-Bancuh tepung gandum dgn sikit air & kacau sampai likat.Buh secubit soda, garam,serbuk pati ayam dan lada putih halus.gaul sebati.

-celupkan ikan tadi ke dalam tepung bancuhan, pastu golekkan dengan serbuk roti, pastu goring deep fry ye kawan2..

-agak2 dah rangup n garing, sila angakt dan buh atas pinggan.

-pastu goring French fries.kasi garing.angkat buh atas pinggan fish fillet tadi.

-hiaskan dengan salad, buh sekali coleslaw n mash potatos..tambah sikit hirisan lemon sebagai hiasan terakhir…psst, jgn lupa, tambah sos cili + mayo,baru sedap!hehe..SELAMAT MENCUBA!!

… Ok…ini hasil air tangan saya…

Abang (suami) komen: sedap bangat! abang bagi 10/10! (Alhamdulillah…..hehe)

Ayah (FIL)komen pula: nyum2…(xckp2)….last tu baru ckp, mcm makan kat HOTEL! (Wallah….!hehe)

Mama pula komen (MIL): ain masak memg sedap.mama makan sikit je tau. Mama rasa baik ko jual kat office je ain. Buat bisnes.Mama fikir business je ni.otak mama tgh berjalan ni.(tu kata mama.hihi)

Tips utk sedap:masaklah dengan hati ikhlas dan penuh kasih syg…sentiasalah berselawat waktu memasak.=)

Saya gemar memasak (walau masak xsedap.hehe). Bila pandai masak mcm2, xperlu lagi makan kat luar.blh buat sendiri.Boleh jimat duit utk masa depan.FOKUS! sekrg ni kalau pergi keje mau habis dkt rm10 perday tau utk breakfast n lunch….kalau

bawa bekal belanja rm1 je utk tambg bus..jimat berkali2 ganda kan tu….ini baru betul kempen JOM JIMAT!