KATA-KATA YANG BAIK ADALAH SEDEKAH

Showing posts with label kasih sayang. Show all posts
Showing posts with label kasih sayang. Show all posts

Wednesday, February 9, 2011

TODAY IS A FISH N CHIP DAY!!

Bismillah…Allahumma solli ala saiyyidina Muhammad!

Assalamualaikum…


Dear all readers, setelah sekian lama membekukan blog (bulan lepas pun 1 post je sempat buh.huhu) maka hari ni, saya nak buat sedikit PERUBAHAN-ANJAKAN PARADIGMA- BUKAN REFORMASI-TAPI REVOLUSI terhadap blog saya ni…panjang sungguh.x pe, saya yakin korang semua faham.


APA yg saya nak buat? à KALI NI NAK KASI RESEPI PULA…^^,


My 1st RECIPE EVER: FISH n CHIP w COESLOW N MASH POTATOES!! Yummy!

Ok, FYI, hari senin/isnin lepas after work saya suggest kat husband nak buat fish n chip utkbekal ke opis esok hari. Suami saya setuju. Itu memg fevered dia. Terus dia cadang beli barg2 utk buat fish n chip tu…jadi kami pun decide pergi shopping ala-kadar-budget kat JJ setiawangsa..(sbb nak cari serbuk roti terpaksa la pergi market yg SUPER2..market yg mini2 susah nak dpt serbuk roti.)-.-‘


After 30minute kami round2 JJ tu, barang2 yg diperlukan semua dah ada Cuma serbuk roti xjumpa2…susah betul nak cari serbuk roti tau . Sebenarnya senang je nak cari kalau tau kat mana kedai yg jual brg2 utk buat kek tp saya je yg x tahu…huhu T.T…jenuhla pusing-pusing, baca satu-satu,takut-takut ada kat celah-celah rak…tp xjumpa.siap bertanya cashier/pekerja JJ kat mana serbuk roti tp dia jawab “xtau la..rasenye xde jual”…adeh..hampa.(T.T).ok, xpe, suami ajak pg GIANT pula cari kat sana…(SUAMIKU sungguh PENYABAR.hehe)


Masa suami saya ke kaunter nak bayar brg2 yg dibeli, saya pergi lagi cari serbuk roti ke tempat yg pada instint saya ada…cari punya cari…sampai terduduk-duduk, akhirnya! Saya jumpa….Alhamdulillah…seronok! Terus saya callencik suami dan dia pun gumbira terus nak balik cpt2 n masak. Tempat tu sebenarnya kami dah tengok dah tadi…tp sebab tulisannya kecik n byk jenis serbuk (serbuk soya, serbuk beras, serbuk mcm2 lagi xtau apa)jadi saya n suami xperasan la kewujudan serbuk roti ni..(kami berdua ni pakai spec dan power mata kami melebihi power pada kaca mata kami.harap maklum)hihi.


è Serbuk roti ni penting ye kawan2. Nanti fish fillet tu xrangup klau xbuh serbuk roti.


Alhamdulillah, after solat maghrib, saya bertungkus lumus siapkan bahan2 utk buat :


1. Coleslaw, 2. Mash potato 3. Fish n chip.


Bahan2 yg diperlukan utk buat COESLAW ialah:

- Kobis bulat (potong halus)

- Carrot (potong dadu kecil2)

-Mayonis (ikut sukatan/suka hati/sesedap lidah merasa)

-Susu segar (saya letak ½ kotak sbb saya buat byk…kalau buat sikit buh sikit je ye)

-Garam

Cara2:

-Campurkan kobis n carrot yg dah dipotong dadu tadi.gaulkan sampai mesra..

-masukkan susu sikit demi sikit, gilir2 dgn mayonis…kemudian rasa..kalau nak lagi lemak tambah la lagi susu n mayonis ye.

-kemudian, buh sedikit garam dan gaul sebati.dah siap!simpan dalam freezer dulu sementara nak buat mash potato + fih n chips pula.


2. Mash Potato

Bahan2:

Kentang besar 3 biji

Air kosong

Mentega lembut

Susu segar ½ kotak

Lada hitam halus (ditumbuk/beli siap)

Cara2:

Kopek kentang dan rebus dgn air sampai lembut.nak tau lembut atau x, cucuk kentang dgn lidi / Garfu.

Bila kentang dah lembut, tos air, amek kentang je n start lenyek2kan kentang tu.

Lepas semua dah lembut gebu, masukkan susu sikit demi sikit dan gaulkan.lepas tu masukkan juga marjerin 2 sudu besar..gaul sekali.

Last sekali masukkan lada hitam yg dah ditumbuk halus.gaul sebati.kalau nak lagi sedap, tambah sikit garam…

-p/s:kalau nak lebih watery, buh la susu segar lebih skit..ada la kuah sikit.siap!



3.Fish n Chip

Bahan2:

-Fillet ikan dori

-Tepung gandum

-serbuk roti

-serbuk pati ayam

-lada putih (halus)

-secubit soda bikarbonat

-garam

-lemon

-jejari kentang yg belum digoreng.

-sos barbeque

-salad

Cara2:

-Potong ikan ikut suka hati..(nak kecik atau besar).perap ikan dgn lada putih halus + perahan lemon (limau pun blh)

-Bancuh tepung gandum dgn sikit air & kacau sampai likat.Buh secubit soda, garam,serbuk pati ayam dan lada putih halus.gaul sebati.

-celupkan ikan tadi ke dalam tepung bancuhan, pastu golekkan dengan serbuk roti, pastu goring deep fry ye kawan2..

-agak2 dah rangup n garing, sila angakt dan buh atas pinggan.

-pastu goring French fries.kasi garing.angkat buh atas pinggan fish fillet tadi.

-hiaskan dengan salad, buh sekali coleslaw n mash potatos..tambah sikit hirisan lemon sebagai hiasan terakhir…psst, jgn lupa, tambah sos cili + mayo,baru sedap!hehe..SELAMAT MENCUBA!!

… Ok…ini hasil air tangan saya…

Abang (suami) komen: sedap bangat! abang bagi 10/10! (Alhamdulillah…..hehe)

Ayah (FIL)komen pula: nyum2…(xckp2)….last tu baru ckp, mcm makan kat HOTEL! (Wallah….!hehe)

Mama pula komen (MIL): ain masak memg sedap.mama makan sikit je tau. Mama rasa baik ko jual kat office je ain. Buat bisnes.Mama fikir business je ni.otak mama tgh berjalan ni.(tu kata mama.hihi)

Tips utk sedap:masaklah dengan hati ikhlas dan penuh kasih syg…sentiasalah berselawat waktu memasak.=)

Saya gemar memasak (walau masak xsedap.hehe). Bila pandai masak mcm2, xperlu lagi makan kat luar.blh buat sendiri.Boleh jimat duit utk masa depan.FOKUS! sekrg ni kalau pergi keje mau habis dkt rm10 perday tau utk breakfast n lunch….kalau

bawa bekal belanja rm1 je utk tambg bus..jimat berkali2 ganda kan tu….ini baru betul kempen JOM JIMAT!




Tuesday, August 10, 2010

AYAM OH AYAM..KITA MAKAN BANGKAI KE SELAMA NI?(NA'UZUBILLAHI MIN ZALIK)


Salaam Ramadhan..

Tadi Ustaz Muhammad Halim (kalau saya xsilap) datang ke surau office tmpat saya bekerja (Faber Towers) untuk sesi kuliyyah zuhur seperti lazimnya.

Beliau telah memberi satu pendedahan yg MENGEJUT kpd semua jemaah surau dengan informasi mengenai “ayam”.

Beliau merupakan pegawai JAKIM yg bertugas bagi bidang “memastikan kehalalan sumber makanan” yg dijual di premis2 restoren, pasar n etc di sekitar ibu Negara.

Berikut merupakan pendedahan beliau dan warga JAKIM tntg makanan yg kita selalu makan:

1. AYAM BANGKAI
Banyak premis2 yg jual ayam, dorang x sembelih tapi bunuh mcm tu je. Dorg rendam ayam tu secara ‘berjemaah’ dulu, pastu dah rendam dorg masuk dalam mesin “kitar”..dan mesin tu pun kitar la ayam2 tu sampai xda nyawa…
(no wonder la skrg ramai manusia n umat Islam jadi ZALIM!makan bangkai binatang yg dibunuh dgn kejam rupanya…astaghfirullah…mgkin sbb tu juga manusia jadi kejam suka bunuh n rogol.)

2. AYAM XDA KEPALA
Cuba check ayam2 yg korang nak beli tu ada kepala atau xda?kalau tinggal leher je lebih baik jgn beli.Sebab?menurut pegawai JAKIM ini lagi, ayam yg dijual xberkepala adalah bangkai. sebenarnya.ayam2 tersebut TIDAK DISEMBELIH.

3. AYAM KAT PASARAYA BESAR
Kalau beli ayam kat pasaraya2 besar, korang hati2lah ye..sbb pegawai JAKIM ni kata kebanyakkan ayam2 yg dijual kat pasar2 besar tu dorg xsembelih pun..HATI2.ustaz juga menambah, kebanyakkan pemborong2 ayam yg jual kat Chow Kit, Pasar Pudu, n Pasar basah yg popular tu dorg amek dari pembekal CINA yg berpusat di Pahang n Kedah!(saya tengok sendiri video yg ustaz tayangkan tadi…memg benar, pembekal ayam tu xsembelih tapi bunuh ayam tu n bagi org2 makan bangkai)

3. ELAK MAKAN YONG TAU FU. Kalau nak makan pun xpe tapi akibat tanggung sendiri.Kalau nak sgt makan pun, beli dekat pembekal islam. Pendedahan dari JAKIM tadi mereka menyatakan, yong tau fu khinzir di buat BERSEBALAHAN dgn yong tau fu utk muslim.Pisau yg digunakan utk buat yong tau fu khinzir dgn yong tau fu utk muslim tu diletakkan atas meja dan disusun pada meja yg sama.

4. X BOLEH MAKAN KAT PAPPA RICH, MCD, BURGER KING
Boleh makan kalau kita bukan Islam..sebab?BURGER KING import daging khinzir dari Arab Saudi. PAPPA RICH pula, sijil halal xsah dan ayam dorg amek xdisembelih malah telur pun xberbasuh ada najis!. MCD? kebanyakkan ayam MCD diragui cara sembelihannya..dorg sembelih 3kali, 1st dekat atas halkum,2 bawah halkum, 3 dorg potong terus dari kepala ayam ke leher.Fikir2lah sendiri ye….
Kesemua info2 di atas adalah pendedahan 100% asli dari ustaz JAKIM itu sendiri bersaksikan lebih 50 org jemaah surau office saya. Malah ustaz tersebut juga memperlihatkan kepada kami semua kesahihan berita yg beliau bawa bersama vidoe2 dan gambar bukti.

Kawan2, saya sekadar menyampaikan apa yg saya tahu..untuk kalian menerima atau tidak terpulang..Cuma ingin saya nasihatkan, sempena bulan ramadhan ini, jagalah perut kita dari makanan yg HARAM..kerana Al-halalu Baiyyinu Wal-haramu Baiyyinu (Yang Halal itu jelas dan yang haram itu jelas)..usah rosakkan ramadhan anda dengan tidak menajaga makanan yg kita makan.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)


dlm bdan mnusia, ade sketul daging dan daging itu adalah hati..jika daging itu baik, mka baiklah akhlaknye..jika kotor?, cuba fikir ...bukan sng nk bagi daging tu jadi baik..jadi yang pertama kita kena jaga ialah MAKANAN yang kita makan sehari2...wallahu’alam.

Mohon sebarkanlah…

p/s: KFC ustaz JAKIM sahkan depan kami semua boleh makan.SEBAB? KFC tidak import ayam, n dorg amalkan bawa ayam2 tu terus dari ladang sendiri n sembelih. Insyaallah, dengan kekuatan hujah pegawai JAKIM itu sendiri KFC boleh di makan tanpa was2..

ayam2 yg lain, sebelum beli utk masak rending kena tgok ada kepala ke x, n kena check dorg potong/sembelih tu kena urat marikh ke tak (satu hal la pulak nak check ayam kan..hehe) xpe, nak seribu daya, xnak seribu dalih.Eloklah kalau beli ayam hidup2 n sembelih sendiri..halalan toyyiban lagi.

Salam Ramadhan…=)

"Ya Allah, Tuhan yang menunjukkan hati, tunjukkanlah hati-hati kami kepada jalan ketaatan kepada-Mu."

(Riwayat Muslim)
Dzunnurain
3.00 pm
1 Ramadhan 1431H
Tower 2, Faber Towers, KL

Tuesday, April 13, 2010

PESANAN RASULULLAH BUAT WANITA




1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).

2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)

3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.

4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani, Anas bin Malik).

5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)

6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).

7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.

10) Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqim.

11) Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya "tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun". Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malamnya.

12) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

13) Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).

14) Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.


SEMOGA BERMANFAAT BUATKU DAN BUATMU...
SUMBER:ILUVISLAM.COM

Sunday, April 4, 2010

Berkasih Sayang tanpa Kata-Kata

sebuah kisah teladan buat anda semua...penulis asal tidak diketahui...

Sayang tidak perlu dibuktikan dengan kata-kata

Sejauh mana kebenaran cerita ini..wallahualam...tp..yg baik jadikan teladan....yg buruk jadikan sempadan..
-----------------------------

Makan sedap hari ni??

Suatu hari saya dibelanja oleh teman saya makan mee di kedai mee yang agak terkenal. Harganya tak mahal tetapi sedap. Kami duduk di meja bulat yang dapat menampung sepuluh orang bila mengelilingi meja. Di meja itu ada enam orang, saya, teman saya dan empat orang kawan yang lain.

Bagi kita mee goreng menu biasa, tapi, masih ada saudara kita yg menahan perut dari lapar dan dahaga dan merasakan masakan mee sbgai menu mewah bg mereka


Ketika asyik makan, satu keluarga baru duduk di sebelah kami. Mereka telah memesan mee dan sedang menunggu pesanan. Keluarga tersebut terdiri daripada sepasang suami isteri yang masih muda dan seorang anak yang berusia dalam enam tahun. Mereka keluarga yang jauh dari sederhana. Pakaian mereka lusuh dan kusam. Anaknya kelihatan seperti baru sembuh dari penyakit dan sedang menarik hingusnya keluar masuk. Hingusnya seperti nombor sebelas dan kadang2 seperti angka satu dengan warna kuni

ng kehijau-hijauan. Si ibu dengan penuh kasih sayang mengelap hingus yang tidak berhenti keluar masuk hidung anaknya. Pasangan itu sangat bahagia melihat anaknya bermain sambil tertawa. Seperti makan mee itu merupakan perayaan menyambut kesembuhannya. Ketika mee sudah sampai keluarga tersebut makan dengan lahapnya.


mereke bergembira dgn nikmat yg Allah beri...


Keadaan tersebut tidak berlaku bagi kami semua terkecuali teman saya. Bagi kami berlima (termasuk saya) keadaan tersebut merupakan bencana dan penyiksaan. Bayangkan, bagaimana rasanya makan mee dengan mencium satu keluarga yang bau badannya tidak enak. Belum lagi melihat dan mendengar hingus yang ditarik keluar masuk dan sesekali dibersihkan oleh ibunya.

Setiap kali menyuap mee ke mulut sambil menghirup kuahnya, rasanya seperti hingus telah tercampur dengan makanan dan membuat selera makan hilang. Tidak beberapa lama kemudian, keempat kawan yang duduk semeja dengan kami meninggalkan meja satu persatu tanpa menghabiskan makanan. Melihat ini ada rasa kepahitan yang terpancar di wajah keluarga muda itu, seperti rasa rendah diri dan terasing melihat sikap saya dan empat lainnya.

Tetapi itu tidak lama, terutama ketika mereka melihat teman saya, keceriaan mereka pulih kembali. Teman saya tetap menikmati mee tanpa mengendahkan orang lain. Seolah-olah tidak ada bau di sekitarnya dan tidak ada bunyi hingus. Saya juga terpaksa berpura2 tidak endah dan terus menghabiskan mee kerana mahu menghormati teman saya yang belanja saya makan. Selesai makan, kami masih duduk dua puluh minit sebelum meninggalkan kedai makan. Saya pelik dengan teman saya yang luar biasa. Biasanya setelah makan, dia hanya duduk paling lama sepuluh minit. Sekali lagi saya terpaksa menemani teman saya dengan perasaan yang sangat jengkel.

Akhirnya kami keluar meninggalkan kedai dan keluarga muda, saya merasa lega. Dalam perjalanan pulang, teman saya mengatakan dia sangat terganggu duduk berhampiran keluarga tersebut. Ia merasa ada bau dan terganggu dengan bunyi hingus anaknya itu. Dia juga merasa seperti apa yang saya rasakan.
Teman saya juga mengatakan, jika dia meninggalkan keluarga tersebut ketika mereka bergembira, keluarga itu akan merasa terpukul, tidak berharga, terasing dan putus asa. Si suami sedang memberi yang terbaik bagi keluarganya. Mereka bersukacita merayakan kesembuhan anaknya. Si suami telah mengeluarkan wang yang bagi mereka cukup mahal dari hasil kerja keras hanya untuk memberikan yang terbaik bagi keluarganya. Wang itu tidak begitu banyak untuk ukuran kami tetapi tidak bagi keluarga itu.

Saya sangat terkejut mendengar kata kata teman saya. Dan tidak menyangka teman saya telah melakukan sesuatu yang luar biasa bagi keluarga itu. Dengan caranya yang berbeza - bertahan makan mee sampai habis dan menunggu dua puluh minit setelah makan, telah memberi semangat baru bagi keluarga itu. Saya teringat bagaimana rasa kepahitan, rendah diri dan terasing di wajah kedua suami isteri itu ketika melihat pelanggan yang lain meninggalkan meja tanpa menghabiskan makanan dan melihat tingkah saya. Saya juga teringat bagaimana pasangan ini kembali ceria begitu melihat sikap teman saya yang tidak kisah.

Pertama kali dalam hidup ini, saya menyedari bagaimana untuk mengasihi sesama manusia tanpa mengatakannya benar-benar tidak mustahil. Teman saya dapat menunjukkan kasih sayang kepada sesama saudara tanpa perkataan dalam waktu sesingkat itu. Cukup hanya dengan meneruskan makan mee sampai habis. Menunggu dua puluh minit setelah selesai makan. Yang terakhir menahan rasa bau untuk menyempurnakan segalanya telah menunjukkan suatu keajaiban kasih dan dilakukan oleh seorang teman. Ajaib bagaimana teman saya menegur saya tanpa mengatakan sesuatu. Dia tidak menuduh tetapi cukup membuat saya rasa sangat terpukul dan malu tetapi tidak marah. Saya kembali mengingatkan diri sendiri bagaimana selalunya kita mengatakan mengasihi sesama manusia tetapi tidak pernah melakukannya.



Adakah kita yg Berduit dan bergaji ini hanya mampu melihat dgn mata simpati dan berlalu pergi begitu shj tnpa membantu anak ini????anda fikir dan jawab sendiri....